Tuesday, 15 October 2013

2 bulan bersama...

Assalamualaikum...

Pagi ini merupakan pagi hari raya haji... dan hari ini juga merupakan genap 2 bulan aku bersamanya. Aku harap sangat yang aku akan bersamanya lebih lama lagi... Ada lagi 10 bulan untuk aku menjaga hubungan ini. Aku hope yang aku bersamanya setahun akan datang...

Pagi ini hari raya.. Petang aku dah kena balik asrama... Tahun ini raya haji tak best sangat... petang dah kena balik asrama... 

ok lah, aku dh nak gerak balik larkin ini... nanti lagi 2 minggu aku update blog aku lagi k...

"Awak, saya akan menjaga awak selama-lamanya.Awak ingat itu, selama-lamanya!!!!"

MY HEART JUST FOR CAPITAL F

sekian....

Monday, 14 October 2013

Sakit ini....

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi aku dah menulis blog. Dengan belum gosok gigi, cuci muka terus menghadap notebook. Sebenarnya memang dari semalam aku nak menulis blog aku ni, tapi malam semalam aku deman. Jadi memang tak mood nak menulis.

Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal aku punya sakit. Aku ini time malam je deman. Ayah aku cakap tu memang dah tanda-tanda TB. Aku diamkan saja. Malas nak ambil pusing. Ia lah orang tengah sakit, mana nak fikir sangat. 

Aku risau sangat dengan sakit aku, aku hope sangat yang aku ini tak ada apa-apa. Mak aku cakap kalaulah abang masuk hospital macam mana? Aku cakap entahlah ibu.Abang pun tak tahu macam mana? Mak aku cakap lagi, nanti ibu Hantar Apis jaga abang ye. Aku jawab baik lah ibu..

Mak aku siap nak tukarkan aku sekolah lagi.Tapi tak boleh, sebab lagi berapa hari je aku dah nak SPM.Jadi nak atau tak aku kena juga sekolah kat Batu Pahat sampai aku habis SPM. Aku sebenarnya risau dengan sakit aku, risau dengan SPM, risau dengan dormate aku lah. Yealh kalau dia orang tahu nanti dia orang tak nak duduk dengan aku. Dormate aku yang tahu pun 2 orang je. Salah sorang tu dapat tahu dari mana pun aku tahu. Tapi yang sorang tu aku yang bagi tahu. Sekarang ni yang tahu just kawan-kawan yang aku rapat je. Setiap hari dia orang tanya khabar aku. Aku rasa terharu sangat, sebab ada orang care dengan aku. Walauapapun kau oranglah kawan aku.

Jam dah pukul 8:47 pagi. baik aku berhenti dulu. Cukup sampai disini dulu. Nanti aku update lagi blog aku yang tak seberapa ni. 

(Terima kasih sebab sudi baca blog aku)
Sekian....

Saturday, 12 October 2013

Ini semua ujian-Nya

Assalamualaikum...

Lagi berapa hari kita akan menyambut Hari Raya Haji... Begitu juga dengan SPM yang semakin hari semakin hampir... Rasanya masa berjalan dengan begitu pantas, pejam celik pejam celik dah pertrngahaan bulan 10...

Aku nk cerita apa yang berlaku selama 2 minggu di asrama.......

Pada 6/10/13, kami dijumput untuk menghadiri Majlis Konvokenseyen UTHM ke 13... pada hari tu aku rasa sangat bertuah sekali, ye lah dapat tengok abang-abang & kakak-kakak naik pentas dan mendapat segulung Ijazah, Diploma dan sebagainya. Aku teringin untuk naik ke atas pentas sebegitu. Majlis hari sungguh meriah sekali. Aku berdoa agar aku akan berjaya suatu hari nanti...

Sekarang aku nak beralih kepada cerita seterusnya...

Sejak akhir-akhir ni, aq rasa kurang sihat. Kekadang rasa macam nak deman. Mula-mula aku diamkan juga, ingat biasa-biasa je. Tapi 8/10, aku rasa lain sangat dengan badan aku ini. Aku tak tahu kenapa. Time tu aku rasa nak buang kahak, aku pun keluar kelas nak buang kat longkang, lepas aku buang kahak, aku terkejut.Terkejut sebab kat kahak aku tu ada darah sekali... Memang kekadang kahak aku berdarah, tapi kali ni lain, terlalu bayak yang keluar. Lepas dari, kahak aq asik mengeluarkan darah saja, makin lama makin teruk.Masa tu ada cikgu nampak aku sedang buang kahak.

Cikgu tanya "Kenapa Dayat?awak tak sihat ke?" "A'ah cikgu, tak berapa sihat.Kahak saya berdarah." "owh, nanti petang pergi klinik ye." "baiklah cikgu" aku jawab dengan sopan. 

Tapi memang niat aku petang nak pergi klinik.

Lepas makan aku terus naik dorm ambil I/C, kad rawatan aku. Sampai je klinik aku terus daftar, lepas tunggu untuk berjumpa dengan doktor. Selang bebeapa minit, aku dipanggil untuk masuk ke dalam bilik doktor. 

Doktor pun tanya,
"Sakit apa?"
"Kahak saya mengeluarkan kahak."
"owh, awak ada batuk? atau ada fimily or kawan-kawan awak yang ada sakit TB?"
"Family saya ada, Ayah saya. Tapi dia dah baik. Dh berhenti ambil ubat kat klinik."
"owh, ok. Awak ambil borang ni, lepas tu pergi makmal. Kita buat sedikit ujian pada awak."
"Baik doktor."

Aku pun keluar dari bilik doktor dan terus pergi ke makmal. Kat situ makmal, Jurumakmal kasi aku bekas, dia kata buang kahak dalam bekas ini. Jangan buang dalam kilinik atau dalam tandas, buang di kawasan parkin kereta. Aku keluar dari klinik dan terus buang kahak aku dalam bekas tu. Kahak aku masih berdarah lagi.Kemuadian dia kat pergi buat X-RAY. Aku pun buat X-RAY, kemudian kena pergi klinik dada pulak.Kat sana aku di beri suntikan,dia kat 11/10 datang untuk diukur.

Lepas dari hari tu, aku asik ulang-alik klinik.4 hari berturut-turut aku kena pergi klinik... Hari jumaat, aku pergi untu mendapatkan keputusan. Dari klinik dada, dy ukur tempat yang dia suntik tu, Lepas tu dia kata pergi ambil filem X-RAY. Lepas ambil filem X-RAY, aku pergi mendafta kat depan dan terus jumpa doktor,Tapi kali ini doktor lain yang rawat kau( biasa lah kerajaan) . aku pun masuk.
"Ye, awk kenapa?"
aku serahkan filem X-RAY kat doktor tu.Dia tanya soalan yang sama (soalan time aku mula-mual jumapa doktor).dia tanya aku simpel darah mana? Aku jawab mana ada saya ambil darah. Lepas tu dia boleh tanya, nak buat lagi sekali ke? time tu aku terpinga-pinga. Doktor kata, hari ni(Jumaat) ambil darah, lepas tu boleh balik, nanti datang 21/10 untuk ambil keputusan darah. Buat masa ni awak jangan kongsi apa-apa, terutama makanan dan minuman. Aku cakap baik doktor.

So, sampai sekarang aku belum tahu sama ada aku ni ada TB atau tak. Sesungguhnya nk tunggu keputusan darah aku sungguh menyeksakan dari ni. Aku risau sangat dengan keadaan diri aku. Aku harap sangat, janganlah ada apa-apa berlaku keatas aku.

Sekian....