Tuesday, 29 December 2015

Kenangan

selama ini kita mencipta kenangan,
kenangan yang sangat bermakna.

walaupun dalam kenangan tu,
ada yang manis dan pahit.

yang pahit sangat menyeksa hati,
yang manis sangat indah di mata.

namun..

yang manis jang terus ditelan,
yang pahit yang terus dibuang.

yang pihat jadi kan iktibar pada masa depan,
yang manis dijadikan penaik semangat.

teruslah mencipta kenangan,
bagi mengisi masa di dalam hidup.

@sibajuputih | @DariKata
#21:49 | 29/12/2015

Sunday, 27 December 2015

sejauh mana?

sejauh mana taubat mu?
sejauh mana menyesal mu?
sejauh mana kau mengakui?
sejauh mana kau buang?

segala dosa & maksiat..
apakah kau sudah lupa.
lupa akan dosa dan maksiat itu?

apakah kau benar-benar bertaubat,
atau sekadar dibibir sahaja?

ingat hidup singkat,
bukan lama mana pun.

diawal kelahiran,
diazankan serta diiqamahkan.

disaat jenazah terbujur kaku,
disembahyakan.

peringatan pada hati yang alpa. .

@sibajuputih | @DariKata
#10.10am | 27.12.15

Saturday, 26 December 2015

Hialngan Ingatan. . .

Dalam hidup aku ini,
Ada satu benda yang aku nak sangat..

Kalau boleh sekarang ini,
Saat ini..

Tahu tak apa dia?

Aku nak Allah,
Hilangkan ingatan aku..

Ingatan aku pada maksiat yang aku lakukan.

Ingatan aku pada jalan menuju maksiat..

Aku sering kali menuju jln maksiat aku..
Maksiat yang pernah aku lakukan..

Seakan aku hendak kembali ke masa silam..

Masa dimana aku patut memilih jalan yang betul..

Aku rasa menyeasal dengan pilihan aku ini..

Jalan maksiat ni..
Aku cuba untuk lupakan..
Aku cuba untuk kawal diri aku..
Aku cuba kawal nafsu aku.

Namun..
Aku sering gagal..
Aku gagal untuk mengawalnya..

Aku terasa bertapa hinanya aku,
Aku hampanya hina..
Aku rasa tak sanggup untuk berhdapan,
Berhadapan pada Tuhan yang esa,

Aku bodoh..
Bodoh kerana memilih jalan maksiat,
Walau aku tahu benda ini salah.

Awalnya sekadar mencuba..
Akhirnya ia sebati dalam diri aku..

Sekarang baru ku sedar. .
Aku ingin kembali..
Kembali pada Allah..

Walaupun ku rasakan ia sudah terlewat..

Namun,,

Aku harus cuba sehabis baik..
Untuk bertaubat pada Allah..

Even aq jatuh sekali pun..
Aku kena kuat..
Aku kena lawan nafsu ni..

Aku kena lawan ia,
Dari ia kawal diri aku,.

"Nafsu jangan pernah sekali bagi ia mengawal,
Sekali ia kawal, susah untuk mengawal kembali"

Ya Allah,
Kau beri kan aku kesempatan..
Kesempatan untuk terus bertaubat pada Mu,
Kesempatan untuk aku kembali pada jalan MU,

Ya Allah,
Kau luruskan lah jalan kami,
Kau permudahkan lah ya Allah,

Aminnnnn

@sibajuputih
#01:15am | 26/12/15

Tuesday, 22 December 2015

Dosa

apa kau rasa tiap kali kau buat dosa?

kau rasa tak senang duduk kan?

memang kau akan rasa bersalah gila.

dosa kan,
first time buat memang rasa bersalah gila.

tapi..
bila dah buat banyak kali rasa best pulak,
seronok..

dan kau akan rasa benda biasa dalam hidup kau.

aku tak nafikan..
sebab aku pun sama juga macam kau.

tapi aku nak kau ubah..

tinggalkan lah dosa maksiat kau tu..

tu semua dulu,
kisah silam kau,
kisah silam aku.

apa yang penting sekarang ini,
berubah..
tinggalkan dosa maksiat tu.

fitrah manusia suka kebaikan. .

Wednesday, 16 December 2015

Pilihan

kadang orang tanya,
kenapa pilih tu, kenapa pilih ini..

namun aku memilih kerana aku..

ye.. kerana aku..
aku tahu ia seakan tidak sesuai dengan aku..

mungkin masa tu aku rasa,
ia pilihan yang terbaik baik aku.

pilihan untuk masa depan ku.

masa lalu...
biarkan ia menjadi satu sejarah..

sejarah dalam diri kita..

apa yang penting,
masa depan kita..

kita yang mencoraknya,
moga-moga ia menjadi yang terbaik.

Tuesday, 15 December 2015

Kembali

Entahlah..
aku tak tahu kenapa..

Tiap kali aku cuba untuk dekatkan diri dengan Allah..
pelbagai ujian dan halangan datang.

sudah acapkali aku tersungkuh..
aku jatuh.. jatuh kembali di lembah maksiat..

kadang begitu sukar untuk aku tinggalkan maksiat itu..
mungkin ia sudah sebati dalm diri aku..

solat, mengaji, puasa, berbuat baik. . 
semua aku lakukan..

mungkin ia belum cuba kuat..
mungkin aku sekadar buat tanpa penghayatan..

tiap kali aku jatuh...
aku akan menyesal.. akan maksiat yang aku lakukan..

Ya Allah..
kau kuatkan lah aku..
untuk kembali pada jalan Mu...


Saturday, 5 December 2015

Bersangka baik

Tahu tak?

Perkara yang paling susah aku nak buat ialah
'BERSANGKA BAIK'. . .

Sebab tiap kali ada orang baik dengan aku, pelbagai bayangan dan negative thinking in my mind..

Sedangkan dia memang nak buat kebaikan or tolang aku pun. .

Tapi tu lah aku, kau, dia, mereka. .
Sama saja. .
Selalu sangat nak bersangka jahat dengan orang. .

BERSANGKA BAIK selalu lh wahai teman, even depan mata kau bekas seorang penipu. .

@DariKata
https://www.telegram.me/DariKata

Thursday, 3 December 2015

Sedar

Kesedaran?
Seakan tidak wujud
dalam kamus hidup kau.

Kau semakin lena,
lena dibuai mimpi,
mimpi yang indah bersama dusta.

Kau seakan leka,
seakan tidak akan sedar,
sehingga kau keliru.

Kau tidak ambil kisah
ambil perduli,
apa yang berlaku.

Amalan?
usah di lihat..
sudah pasti sedikit..

Dosa?
terang didepan mata
namun tidak dilihat..

Nyawa?
seakan kau tidak akan mati.
kau sudah lupa?

Tuhan bisa tarik nyawa kau
bila-bila masa,
tidak kira Amal dan dosa kau.

Sedar lah kau,
sebelum kau lena
dialam sana.

@nhidayat
https://telegram.me/DariKata

Monday, 23 November 2015

Hujung Sem

Assalamualaikum. .

lama gila tak masuk blog ini.. serius.. last update before masuk kolej. .
and now dah hujung sem. .
lagi berapa hari nk break sem. .
break sem selama sebulan..

tak sabar nak balik rumah. .
hampir sebulan lebih tak balik kampung. .
rindu gituu. .
hahaha. .

Madical Assistant. .
pelbagai peristiwa berlaku selama aku dalam kolej ini. .
kisah suka duka. .
even baru satu sem, tapi macam-macam peragai aku dah jumpa. .
dan lepas ini makin banyak aku kan jumpa. .

hemmm...
cukup kut sampai sini dulu. .
nanti cheq sambung lagi na. .
hahaha. .


Tuesday, 23 June 2015

Seminggu lagi. .

Assalamualaikum. .

Ya Allah..
Lagi seminggu aku akan melapor diri di Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar. .

waktu bagiku berlalu bergitu pantas. .
seakan ia mencemburi aku. .
masa yang bergitu singkat ku rasakan. .

Sukar untuk aku tafsirkan perasaan aku kala ini. .
adakala aku rasa gembira, sedih, takut barangkali.

Gembira? yup. memang aku gembira kerana telah lulas interview tempoh hari.
siapa yang tidak gembira bukan? Sungguh tak ku sangka yang aku akan lulus interview.
Aku penuhi impian ayahku yang ingin aku study dalam bidang medic. .
Aku tidak kisah sangat tentang belajar. Kerana bagi aku belajar dimana-mana sama.
Ada susah ada senang nya. .

Sedih? entah. aku tak tahu nak cakap macam mana.
sebab nak kata akan berpisah dengan family aku tak juga..
sebab sejak dari tingkatan 4 lagi telah berpisah dengan family aku..

mungkin kali ini lebih jauh keutara, maybe.
I don't know why. .

hemmm..
pakaian aku telah aku kemaskan..
hanya tinggal lagi beberapa dokumen yang belum aku selesaikan. .

p/s: lepas ini, balik kampung memang 3 bulan or tunggu cuti je lah..

Sunday, 21 June 2015

Rezeki..

Assalamualaikum. .

Bersarang dan berhabuk aku punya blog..
dah lama tak dok mengupdate blog kesayangan aku ini.

Entry kali sambungan dari yang lepas..
entry yang lepas aku tentang UKCG aku kat IPG . .

Keputasan UCKG aku telah gagal untuk dipanggil untuk interview bagi kemasukan ke IPG. .
Pada mulanya aku agak kecewa dengan keputusan itu. .
Rasa macam nak nangis. .
Yelah. . dah lah masa ujian kecedasan aku buat separuh mati..

Lama juga aku nak menengankan diri aku. .
Allahmdullih. . Ibu aku dan kakak sedara aku banyak bagi semangat kat aku. .

Pada musa yang sama juga aku dapat interview untuk Latihan Separa Perubatan (SPA). .
Actually, aku tak nak pergi interview itu. .
Aku dah email, mesej dari SPA untuk menghadiri interview tu. .
1/4.2015. .
tidak dijangka-jangka surat menyusur datang bertandang ke rumah aku. .
Secara automatik Ibu terus call aku cakap surat SPA dah sampai. .

Namun pada awalnya aku cakap dengan ibu yang aku tak nak pergi. .
But ibu kata pergi saja interview tu. .
lagi pun tarikh interview tu tidak bertindih dengan mana-mana tarikh yang aku ada paper. .

Opss.. lupa pulak..
Masa interview untuk SPA tu. .
kena masa bulan exam. .

Kebetulan 14/4/2015 aku tiada paper. .
sehari sebelum tu aku ada paper math dan aku paper aku yang seterusnya jatuh pada minggu lagi satu. .
so apa lagi.. aku mengambil kesempatan untuk pulang ke JB. .

Allahamdullih..
Rezeki allah.. Aku telah lulus interview tu. .
Medical Assistant-to-be. .

Aku memang tak sangka yang aku boleh pass interview tu. .
sebabnya.. aku ini bukan dari sains tulen pun..
aku ini dari vokay je..

insyallah.. 1/7/2015 ini. .
lapor diri di Kolej Pembantu Perubtan Alor Setar. .

aku rasa cukup lah dulu..

sekian. .

p/s: selamat berpuasa bagi semua muslimin dan musliman. .

Tuesday, 31 March 2015

IPG

Assalamualaikum..
lama dah rasanya tak update blog.. ye lah sibuk lah katanya.. Next week dah nak final..

Tahun ni aku mohon lagi Institut Perguruaan (IPG). Tahun lepas dah mohon. namun kecundang pada Temu Duga. Maybe tahun bukan rezeki kau, mana tahu rezeki aku untuk masuk IPG tahun ni.

Hari rabu ni 1/4/2015 aku akan ke IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, Melaka. Hopefully aku dapt buat UKCG dengan baik.. 
Aku risau bahagian fitness.

ye lah.. semput nak menghabis kan bleat test.. tahun lepas aku buat berapa je..

Tahun lepas UKCG aku buat kat johor, Tahun ni tukar angin.. Buat kat melaka. Mana tahu rezeki aku tahun ini..
semoga segala urusan aku dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Cukup lah sampai disini.. nanti ada masa aku update lagi..