Assalamualaikum..
Kepenatan membawa adik aku jalan-jalan tadi. Bawa dia tengok wayang, bawa pergi makan. Bukan selalu aku speed time dengan dia. Ialah aku kan belajar jauh, Kadang-kadang je balik JB. Malam ini aku nak cerita tentang someone yang hadir dalam hidup aku.
Aku baru je kenal dia. Beberapa hari lepas. Tapi kan aku dapat rasakan satu perasaan yang aneh dengan dia. Perasaan yang pernah hadir dulu dan kiri ia hadir kembali. Ye aku tahu aku dah jatuh hati dengan dia. Aku tahu aku tak boleh tipu hati aku ini.
Serius aku cakap sekarang ini aku rindu gila dengan dia. Yup rindu yang teramat sangat. Setiap masa aku fikirkan dia. Setiap masa aku terbayangkan dia. Semua tentang dia. Aku mesej, aku Whatsapp, aku Wechat, semua dia tak balas. Yup sekarang ni aku rindu gila dengan dia.
Aku harap sangat dia reply semua text aku.
Sekian..
Friday, 26 December 2014
Tuesday, 23 December 2014
Ke KVBP ke kita?
Asssalamualaikum
Balik bercuti selama seminggu ni sungguh membahagiakan. Ialah siapa yang tak nak cuti, dengan cuti ini dapat lah aku rehatkan diri aku yg selalu keletihan. Semalam aku pergi Batu Pahat (BP). Ialah sejak aku dah menamatkan pengajian aku di Kolej Vokasional Batu Pahat.
Sebanarnya aku nk ke BP pun tak rancang. Khai yang call dalam pukul 8 pagi. Dia tanya aku nak ikut tak pergi BP. Aku pun ikut je lah. Tujuan kita orang pergi BP ialah nak ambil sijil SPM 2013. Dari hari tu aku nak pergi BP tapi tu lah, masa tak mingizinkan.
Semalam dalam perjalanan ke BP macam-macam terjadi. Dengan moto khai yang rosak tepi jalan. Kalau jalan kampung tak apa lagi. Ini Highway. Kau orang bayangakan lah. Moto nya rosak lagi 5 KM je nak sampai Mahcap. Tapi allhamdullih Wan ada. Dia datang untuk tolak moto Khai ke Mahcap. Ingatkan moto Khai habis minyak. Tapi tak juga. Kemudian kita orang pun pergi Ayer Hitam. Sampai Ayer Hitam je telefon Azim.
Sudahnya moto Khai masuk bengkel. Terebang RM 110. Sementara tu tunggu Hasif sampai Ayer Hitam. Lepas tu, baru kita orang bergerak ke KVBP. Sampai je KVBP, pelbagai kenangan kembila. Suka dan Duka aku di KVBP selama 2 tahun. Macam berlaku dalam hidup aku di situ. Di KVBP aku mula berdikari, tinggal jauh dengan ibu bapa. Pelbagai dugaan aku tempuh sebelum aku menjejakan kaki ke Politeknik Merlimau.
Lepas je ambil sijil, ingat nak ke asrama. Tapi sayang, pak gurad tidak beri kami masuk ke kawasan asrama. Dalam perjalan keluar dari asrama tu, aku pun jatuh moto. Hihihi. Sebanarnya mak aku dah pesan jangan bawa moto. Tapi tu lah degil, aku pergi bawa juga moto kawan aku. Tak dengar cakap ibu, ambil kau kan dah kena TULAH. Tapi allahmdullih lukanya tak teruk. Just tapak tangan je luka sikit.
Tapi satu je aku nak cakap, naik moto dari JB sampai ke BP sakit belakang aku. Macam mana lah naik naik moto balik Melaka ni. Walaubagaimanapun aku happy gila semalam, dapat jumpa kawan-kawan lama. Dapat speed time dengan mereka. Entah kapan aku bisa ketemu sama kalian lagi.
Sekian...
p/s : Semalam banyak kali lalu UTHM, dan aku harap sangat aku dapat jumpa dia. Tapi aku tahu semua itu hanya mimpi.
Monday, 8 December 2014
Sem Baru. .
. .Assalamualaikum. .
Berhabuk betul blog aku ni. . Maklumlah sekarang ni sedang sibuk sikit. . Tu yang tak sempat nak kemas blog aku ni. . HiHiHi. .
Allhamdullih result sem lepas aku mendapat yang terbaik, walaupun tak dapat apa yng di target at least aku boleh banggakan parents dengan result tu. . Insyallah untuk sem ni aku nak dapat apa yang di target. . Insyallah sem ni aku dapat Dekan. .
. .Subjek sem ni. .
Sabjek sem ni sangat-sangat lah mencabar minda aku. . Total Sabjek yang aku ambil untuk sem ni ialah 7 subjek. . Kau bayangkan sem ni punya subjek ada Programming, Digital Electronics, Electrical Circuits, Semiconductor Devices, Sanis, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam serta Engineering Math 2. . Kebanyakan sebjek sem ada final. . Ya allah, subjek yang dulu tiada final, sampai batch aku je ada final. . Aku harap sangat untuk sem ni aku dapat skor. .
. .Senior. .
Aku rasa cukup lah untuk entry kali ni. . Rasa syok pulak menaip malam-malam ni. . Maklumlah dah lama tak bermanja-manja dengan blog aku ni. . Insyallah aku akan update secepat yang mungkin. .
. .Sekian. .
p/s : Esok kelas pukul 11 pagi. . Tu yang tidur lambat ni. . Malam. .
Subscribe to:
Posts (Atom)