Asssalamualaikum
Balik bercuti selama seminggu ni sungguh membahagiakan. Ialah siapa yang tak nak cuti, dengan cuti ini dapat lah aku rehatkan diri aku yg selalu keletihan. Semalam aku pergi Batu Pahat (BP). Ialah sejak aku dah menamatkan pengajian aku di Kolej Vokasional Batu Pahat.
Sebanarnya aku nk ke BP pun tak rancang. Khai yang call dalam pukul 8 pagi. Dia tanya aku nak ikut tak pergi BP. Aku pun ikut je lah. Tujuan kita orang pergi BP ialah nak ambil sijil SPM 2013. Dari hari tu aku nak pergi BP tapi tu lah, masa tak mingizinkan.
Semalam dalam perjalanan ke BP macam-macam terjadi. Dengan moto khai yang rosak tepi jalan. Kalau jalan kampung tak apa lagi. Ini Highway. Kau orang bayangakan lah. Moto nya rosak lagi 5 KM je nak sampai Mahcap. Tapi allhamdullih Wan ada. Dia datang untuk tolak moto Khai ke Mahcap. Ingatkan moto Khai habis minyak. Tapi tak juga. Kemudian kita orang pun pergi Ayer Hitam. Sampai Ayer Hitam je telefon Azim.
Sudahnya moto Khai masuk bengkel. Terebang RM 110. Sementara tu tunggu Hasif sampai Ayer Hitam. Lepas tu, baru kita orang bergerak ke KVBP. Sampai je KVBP, pelbagai kenangan kembila. Suka dan Duka aku di KVBP selama 2 tahun. Macam berlaku dalam hidup aku di situ. Di KVBP aku mula berdikari, tinggal jauh dengan ibu bapa. Pelbagai dugaan aku tempuh sebelum aku menjejakan kaki ke Politeknik Merlimau.
Lepas je ambil sijil, ingat nak ke asrama. Tapi sayang, pak gurad tidak beri kami masuk ke kawasan asrama. Dalam perjalan keluar dari asrama tu, aku pun jatuh moto. Hihihi. Sebanarnya mak aku dah pesan jangan bawa moto. Tapi tu lah degil, aku pergi bawa juga moto kawan aku. Tak dengar cakap ibu, ambil kau kan dah kena TULAH. Tapi allahmdullih lukanya tak teruk. Just tapak tangan je luka sikit.
Tapi satu je aku nak cakap, naik moto dari JB sampai ke BP sakit belakang aku. Macam mana lah naik naik moto balik Melaka ni. Walaubagaimanapun aku happy gila semalam, dapat jumpa kawan-kawan lama. Dapat speed time dengan mereka. Entah kapan aku bisa ketemu sama kalian lagi.
Sekian...
p/s : Semalam banyak kali lalu UTHM, dan aku harap sangat aku dapat jumpa dia. Tapi aku tahu semua itu hanya mimpi.
No comments:
Post a Comment