Saturday, 12 October 2013

Ini semua ujian-Nya

Assalamualaikum...

Lagi berapa hari kita akan menyambut Hari Raya Haji... Begitu juga dengan SPM yang semakin hari semakin hampir... Rasanya masa berjalan dengan begitu pantas, pejam celik pejam celik dah pertrngahaan bulan 10...

Aku nk cerita apa yang berlaku selama 2 minggu di asrama.......

Pada 6/10/13, kami dijumput untuk menghadiri Majlis Konvokenseyen UTHM ke 13... pada hari tu aku rasa sangat bertuah sekali, ye lah dapat tengok abang-abang & kakak-kakak naik pentas dan mendapat segulung Ijazah, Diploma dan sebagainya. Aku teringin untuk naik ke atas pentas sebegitu. Majlis hari sungguh meriah sekali. Aku berdoa agar aku akan berjaya suatu hari nanti...

Sekarang aku nak beralih kepada cerita seterusnya...

Sejak akhir-akhir ni, aq rasa kurang sihat. Kekadang rasa macam nak deman. Mula-mula aku diamkan juga, ingat biasa-biasa je. Tapi 8/10, aku rasa lain sangat dengan badan aku ini. Aku tak tahu kenapa. Time tu aku rasa nak buang kahak, aku pun keluar kelas nak buang kat longkang, lepas aku buang kahak, aku terkejut.Terkejut sebab kat kahak aku tu ada darah sekali... Memang kekadang kahak aku berdarah, tapi kali ni lain, terlalu bayak yang keluar. Lepas dari, kahak aq asik mengeluarkan darah saja, makin lama makin teruk.Masa tu ada cikgu nampak aku sedang buang kahak.

Cikgu tanya "Kenapa Dayat?awak tak sihat ke?" "A'ah cikgu, tak berapa sihat.Kahak saya berdarah." "owh, nanti petang pergi klinik ye." "baiklah cikgu" aku jawab dengan sopan. 

Tapi memang niat aku petang nak pergi klinik.

Lepas makan aku terus naik dorm ambil I/C, kad rawatan aku. Sampai je klinik aku terus daftar, lepas tunggu untuk berjumpa dengan doktor. Selang bebeapa minit, aku dipanggil untuk masuk ke dalam bilik doktor. 

Doktor pun tanya,
"Sakit apa?"
"Kahak saya mengeluarkan kahak."
"owh, awak ada batuk? atau ada fimily or kawan-kawan awak yang ada sakit TB?"
"Family saya ada, Ayah saya. Tapi dia dah baik. Dh berhenti ambil ubat kat klinik."
"owh, ok. Awak ambil borang ni, lepas tu pergi makmal. Kita buat sedikit ujian pada awak."
"Baik doktor."

Aku pun keluar dari bilik doktor dan terus pergi ke makmal. Kat situ makmal, Jurumakmal kasi aku bekas, dia kata buang kahak dalam bekas ini. Jangan buang dalam kilinik atau dalam tandas, buang di kawasan parkin kereta. Aku keluar dari klinik dan terus buang kahak aku dalam bekas tu. Kahak aku masih berdarah lagi.Kemuadian dia kat pergi buat X-RAY. Aku pun buat X-RAY, kemudian kena pergi klinik dada pulak.Kat sana aku di beri suntikan,dia kat 11/10 datang untuk diukur.

Lepas dari hari tu, aku asik ulang-alik klinik.4 hari berturut-turut aku kena pergi klinik... Hari jumaat, aku pergi untu mendapatkan keputusan. Dari klinik dada, dy ukur tempat yang dia suntik tu, Lepas tu dia kata pergi ambil filem X-RAY. Lepas ambil filem X-RAY, aku pergi mendafta kat depan dan terus jumpa doktor,Tapi kali ini doktor lain yang rawat kau( biasa lah kerajaan) . aku pun masuk.
"Ye, awk kenapa?"
aku serahkan filem X-RAY kat doktor tu.Dia tanya soalan yang sama (soalan time aku mula-mual jumapa doktor).dia tanya aku simpel darah mana? Aku jawab mana ada saya ambil darah. Lepas tu dia boleh tanya, nak buat lagi sekali ke? time tu aku terpinga-pinga. Doktor kata, hari ni(Jumaat) ambil darah, lepas tu boleh balik, nanti datang 21/10 untuk ambil keputusan darah. Buat masa ni awak jangan kongsi apa-apa, terutama makanan dan minuman. Aku cakap baik doktor.

So, sampai sekarang aku belum tahu sama ada aku ni ada TB atau tak. Sesungguhnya nk tunggu keputusan darah aku sungguh menyeksakan dari ni. Aku risau sangat dengan keadaan diri aku. Aku harap sangat, janganlah ada apa-apa berlaku keatas aku.

Sekian....

Saturday, 28 September 2013

Bersyukur Kepada Allah..

Assalamualaikum...

Bertemu kembali, lepas 2 minggu aku berada di asrama. Trail SPM baru sahja berakhir dan keputusannya sudah dapat, alhamdulillah aku mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan kali. Sungguhku tak sangka, yang keputusan aku mendapat tempat ke dua dalam Kolej.

Hari jumaat yang lepas merupakan Hari Saranan Ibu Bapa (lebih kurang macam hari terbuka lah). Hari itu juga merupakan Hari Garduasi. Aku telah dapat naik ke pentas bagi mengambil anugerah Pelajar Terbaik Kelas dan Keseluruhan. Hari itu, aku di sarungkan jubah. Ibarat seperti aku hendak mengambil Ijazah lah pulak kan. hihihih. Sebenarnya memang sudah lama aku ingin memakai jubah tu, tapi tak sangka bahawa aku dapat juga memakainya.

Pada hari tu aku berharap yang keluarga turut datang untuk melihat aku di atas pentas. Tapi.... keluarga aku tidak dapat hadir, Ayah ku kerja. Nasib baik Ucu ada. Dia lah yang datang untuk ambil result aku. Keputusan ini ialah hadiah untuk hari jadi ayah aku. Apa-apa pun aku gembira sangat, sabab dapat result yang bagus...
Pak Cik aq yang datang... Ucu

 Hafizulamin & Zakri
 My BFF, Rafiq

 Menunggu Majlis bermula.

 Hafizulamin...

Aminuddin...

Doakan semoga SPM aku mendapat lebih baik dari trial ni.. amin..
Sekian...

Friday, 20 September 2013

Keputusan selepas ini...

Assalamualaikum..

Peperiksaan Perubaan baru je lepas.... sekarang ini cikgu-cikgu sedang sibuk menanda kertas soalan... bagi pelajar pula, sedang berdebar-debar menanti keputusan ini... 

Bagi aku keputusan trial ni sangat-sangat penting.... Sabab aku akan mengunakan result ini, untuk memohon Para-Diploma di UTHM... aku nak sangat sambung belajar di sana... Aku sudah nampak jalan mana yang harus ku pilih... Jalan yang akan membawa aku untuk mencapai cita-cita aku... Cita-cita yang yang impikan selama ni... iaitu menjadi seorang pendidik... Pendidik yang akan mendidik anak bangsa....Cita-cita aku dari kecil lagi... 

Selepas aku menamatkan pra-diploma aku di UTHM, aku akan sambung Diploma di sana... selepas sahaja aku menamatkan diploma... aku akan menyambung Ijazah di Maktab... Maktab kalau bolah, aku nak mohon Maktab Perguruan Teknik.... Sebab aku ingin menjadi seorang guru Elektronik.... 

Aku berharap agar aku dapat mengejar cita-cita aku... impian aku... IMPIAN INGIN MENJADI SEORANG PENDIDIK....

Sekian....

Sunday, 15 September 2013

Just For You...

Assalamualaikum...

Serius rindu gila nak update blog... Dah hampir 5 bulan juga tak update... Sebenarnya dari sehari ke sehari nak update... Tapi aku sibuk sangat... nk ambil SPM tahun ni...

ok, sebenarnya aku nk cerita something yang berlaku dalam hidup aku. This is about my love...
Cinta di hati ini datang kembali... Pada mula hanya seorang, tapi mengapa saat aku meyulam rasa cinta, hadirnya orang ketiga? aku cuba mengelak, tapi dia seakan memberi satu harapan. Harapan yang sangat sukur untuk aku, iaitu berharap agar aku merima cintanya. Pada saat itu, satu keputusan yang amat sukur untuk dilakukan. Memang benar dahulu aku penah meyatakan cinta ku pada dia.Tapi dia berkata kepada ku bahawa dia tidak mahu bercinta, alasannya, tahun ini kita SPM. Setelah kejadiaan tu, hati ku seakan sudah tertutup untuk mencintai diri mu. Sebab itu juga aku membawa hati ku yang lara pergi. Pergi jauh dari mu. Tetapi pintu hatiku di ketuk oleh seseorang. Seseorang yang memberiku harapan, harapan yang pasti .Seseoang yang faham akan sikap ku, selalu menjaga hatiku, selalu ambil berat tentang ku, Namun... mengapa saat aku sedang bahagia... kau datang? Kau datang utuk menyatakan yang kau sayang terhadapku? Mengapa? Aku rasakan sudah cukup peluang yang aku beri untuk kau... Aku harap agar kau jangan ganggu hidup aku...Aku hanya ingin bersama seorang yang amat ku sayang... yang amat ku cinta... I hope that you do not disturb my life again... 

my heart jut for capital F....
Sekian...

Thursday, 6 June 2013

Cinta tu kejam?

assalamualaikum =)

4/4/2013 ...
Tarikh tu menjadi saksi, bagi kita berdua... tarikh tu juga , permulaan jalan cerita cinta kita...
Aku dengan dia sudah lama berkenalan...  permulaan perkenalan kami ialah FACEBOOK... di laman sosial tu lah saksi perkenalan kami...
Sekian lama berkenalan... aku rasa sayang terhadap dia... tapi aku tidak boleh menyatakan perasaan aku kepada dia... Kerana dia sudah berpunya....
Tapi, berkat kesabaran aku...akhirnya... aku dpt juga dgn dirinya...


4/6/2013
Aku ada menghantar mesej kepada nya...

"Awak ingat tak hari ini, hari apa?"

"Ingat... Hari 2 bulan kita kapel"

"Hihihi... Ingat pun... Ingatkan awk tak ingat..."

"Ingat... awak... saya nak jadikan awak BFF saya je boleh tak?"

"Boleh awk.. boleh sangat.. tapi kenapa?"

"Abang saya suruh saya belajar dulu jangan nak mengatal dulu... lagipun sejak kita kapel, keputusan saya merosot sgt... Mula hari ini kita jadi BFF je k...?"

"Baik awak cakap yanag awak nk minta putus, kan senang.."

"Yup... saya nak jadikan awak BFF saya... Susah lah awak... Abang saya suruh belajar dulu.. nanti dah habis belajar nk kapel.. kapel lah.. saya harap awak faham.. tu kehendak saya.."

"Hemmmmm... sy faham sangat awak... thank sebab sudi singgah dalam hati saya ye..."

Kenapa mesti 2 bulan... kenapa dia tak minta putus dari awal lagi? kenapa? 
Awak... lepas dari hari tu... keadaan saya ni dh macam org tak betul... 
Kenapa begitu senang tuk awak minta putus... awak pergi begitu saja... awak tahu tak hati saya... hati saya ni terluka disebabkan awak... sampaikan BFF saya cakap saya ni macam orang tak betul... saya sedih awak... saya sedih...

Awak nk tahu tak... sebenarnya saya dah rasa akan ada suatu yang tak kena... tapi saya tak tahu apa...
sehinggakan hari tu baru saya tahu... yang awak kan pergi meninggalkan saya... tapi tak apa lah awak..
saya redah... nak buat mcm mana orang macam saya ini siapa lah yang nak...

ok lah... cukup lah sampai di sini sahaja....
nanti Yat akan update lagi ye...

OKEY BYE.... =)