Tuesday, 26 November 2013

Hadiah untuk dia

Assalamualaikum...

Rindunya dengan blog aku. Dah lama aku tak update. Biasalah sibuk dengan SPM lah kata nya. sebenarnya aku nak cerita sesuatu kat kauorang.

Aku memang dah lama niat nak pergi Muar. yelah dia kan duduk kat Muar. Jadi hari tu 20/11/13 aku telah pergi ke Muar. Di sana aku duduk rumah Yasmin. Rumah Yasmin ni terletak di kawasan Istana Tanjung. So, kebetulan hari tu Hari Keputraan Sultan Johor. Jadinya memang banyak polis yang berada di sekitar istana.

Aku bagi tahu dia yang aku dah sampai kat Muar. Dia cakap, Kalau ada rezeki kita jumpa ye. Aku jawap lah ye lah awak. Jadi sudah berapa kali kita orang nak jumpa, Tapi asik ada halangan sahaja. Aku banyak bersabar dan aku berdoa agar aku dan dia di pertemukan. Aku beusaha sedaya upaya untuk berjumpa dengan dia,

Akhirnya, aku dan di dipertemukan. Hari sabtu (23/11/13) , aku telah pergi ke rumah dia, Pada mulanya, aku tak ada niat nk buat kejutan kat dia. Kebetulan dia ada kasi aku alamat umah dia. Jadi aku pun mintalah tolong kakak Ina bawa aku pergi rumah dia. Cari punya cari, jumpalah rumah dia. Pada mulanya aku takut salah rumah, ialah aku sebelum ini tak pernah pergi rumah dia. Aku cuba telefon dia, banyak kali aku call dia. Tapi dia tak angkat telefon aku. Aku pun bagi je lah salam kat rumah dia, Tapi macam tak ada orang. Aku pun masuk dalam dan ketuk pintu, Dua kali ketuk dan bagi salam, barulah dedaun pintu terbuka. Aku tak sangka yang buka pintu itu ialah dia. Masa dia buka pintu tu, muka dia nampak sangat terkejut dengan kehadiran aku.(maklumlah baru pertama kali kita orang jumpa). Dia cakap dengan aku,"Kenapa nak datang tak bagi tahu?" "Bukan saya tak nak bagi tahu, tapi cuba awak tengok telefon awak?" dia hanya tesenyum je bila tengok fon, dy cakap yg telefon dia silent mood.

Masa aku pergi rumah dia, dia hanya tersengih malu. Yelah orang yang tersayang datang buat kejutan. Di memang tak boleh berkata-kata lagi. Yang dia tahu hanya tersenyum sahaja. Tapi aku jumpa dia tk lama, sekejap je. Tapi pertemuan yang sekejep tu lah sangat bermakna bagi saya.

"Awak, pertemuan kita di Muar merupakan hadiah dari saya untuk awak. Saya harap yang awak setia dengan saya. Sebab saya tak pernah sanggup lakukan semua ini. Saya lakukan semua ini hanya untuk awak. Saya harap hubungan kita kekal selama-lamanya."

Okey lah, aku nak stop dulu ini. Nanti kalau ada masa aku update lagi.

"My heart just for you, My Capital F"

sekian...

2 comments: