Friday, 27 December 2013

Kerja..

Assalamualaiku...

Hemmm.. pejam celik.. pejam celik, akhirnya genap seminggu aku berkeja kat KFC Cahaya Masa. Tarikh pertama aku masuk kerja ialah 11/12/13. Cantik kan tarikh tu. Akan ku ingat sampai bila-bila tarikh tu.

Hari pertama kerja memang penat gila. Tapi aku happy dapat kerja kat situ. Sebab dapat kawan baru. Semua kat tempat kerja aku mesera dengan aku. Kalau ada masa lapang kita orang mesti bergurau kat dapur. Memang best gila kerja kat situ.

Sekarang ini aku tengah tunggur gaji pertama aku keluar. Tak sabar rasanya nak rasa duit sendiri. Benda pertama aku nk buat dengan duit itu aku nak belanja keluarga makan. Tak sabar rasanya nk tunggu aku gaji... hihihi

Sekian...

Friday, 20 December 2013

Abang...

Assalamualaikum...

Hari itu, masa aku tengok-tengok chat kat FB yang lama-lama aku tertarik dengan satu chat aku dengan seseorang. Seorang yang dah lama aku tak chat. Iaitu dengan seorang. Aku anggap dia ini abang ( umur dia baru 21 tahun.Jadi memang layak kalau aku panggil dia abang kan?) 

Nak jadikan cerita aku pun tegur lah dia kat FB. Pada mulanya aku ingat dia dah tak ingat aku lagi. Rupanya dia still ingat kat aku lagi. Yelah, siapa yang tak happy kalau ada orang yang ingat kita.

Aku pun tanya khabar dia. Dia ini baru menamatkan belajar kat Kolej tempat dia belajar. Dia cakap, dia baru dapat result. Hari tu macam-macam aku chat dengan dia. Lepas tu, aku tanya dia kalau-kalau yang dia tu ada BBM atau WeChat. Dia cakap dia ada. Apa lagi kita pun bertukar-tukar BB PIN dan Wechat.

Aku cakap yang aku nak off FB. Lepas tu kami chat kat BBM. Bila aku chat dengan dia, aku rasa selesa. Aku rasa seronok chat dengan dia. Hari tu aku tidur pukul 5 pagi. Sebab aku seronok sangat layan chat dengan dia.

ok lah, aku cukup lah dulu post untuk kali ini. Lain kali aku pst lah lagi pasal abang aku ni.

Sekian...

p/s : salakah kalau aku suka seseorang. Dan aku tahu yang aku yang aku dan dia terlibat dalam cinta terlarang. Tapi aku tetap kan teruskan cinta ini walau aku tahu akhirnya nanti kami terpaksa berpisah... 

Thursday, 19 December 2013

Sibuk...

Assalamualaikum...

Sebenarnya sekarang ini aku tengah bosan dan aku tak tahu nak buat apa? That's why aku ingat nak post something kat blog aku yang tak seberapa nak meranik ini.

Allhamdullih sudah seminggu aku berkerja kat KFC. Ya Allah... penatnya berkerja ini. Aku rasa berlajar lagi senorok dari berkerja ini. Kau oarang bayangkan tiap-tiap hari aku balik pukul 12 malam. Buat masa ni aku kerja malam lah. Hari sabtu nanti baru aku kerja pagi.

Sebernanya aku nak sambung berlajar sementara tunggu result SPM. Aku nak sambung pra-dipolama. Tapi family aku tak berkemampuan. Jadi aku terpaksa kuburkan sahaja niat aku tu. Mulanya aku sedih dan kecewa juga lah. Yelah, aku memang dah lama rancang.Lepas tu rancang tu aku terpaksa batalkan. Maybe ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Tapi tak apa lah, lepas ni aku nak teruskan belajar.

aku nak cerita tentang aku dengan dia (Capital F). Sekarang ini aku dengan dia dh jarang text. Yelah, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Dia sambung belajar kat UTHM, program pra-dipolama (sebab tu aku nak sambung pra-diploma, sebab ada dia.hihihih) Dia sibuk nak uruskan hal-hal nak masuk Uni. Aku pulak sibuk dengan kerja aku. 

Bila malam je aku nak text dia, dia dah tidur dulu. Sebenarnya, aku rindu nak manja-manja dengan dia. Dah lama aku tak bermanja dengan dia. Aku rindu dengan wish Good Night dia. Aku rindu nak call dia lama-lama. Tadi siang pun aku call denga kejap je. Macam mana tak call sekejap je, Dia kalau bangun tidur matahari dah terpacak kat atas kepala baru nak bangun (capak orang, diri sendiri pun sama, hihihih). Jadi, memang patut pun dapat call kejap je.

Boleh di kata kan setiap malam, aku pasti akan mimpikan dia. Aku rindukan dia sangat. Aku nak jumpa dia, dan aku nak peluk dia erat-erat dan aku nk bagi tahu dia yang aku cintakan dia dan aku takut kalau dia pergi tinggalkan aku. Sebelum pasti aku akan tengok gambar dia. 

Setiap apa yang aku lakukan, pasti aku akan terfikirkan dirinya. Segala-segalanya pasti akan ada dia. Aku dengan dia duduk jauh. Susah nak jumpa. Susah sangat. Kadang-kadang aku takut dia curang kat belakang aku. Tapi aku kena percayakan dia. Aku memang selalu percayakan dia. Setiap perhibung memerlukan kepercayaan. 

Banyak lagi aku nak post dalam entry ni. tapi kan mata aku dh ngantok. Jadi lebih baik aku todur dulu. Esok aku kerja malam lagi (sebenarnya aku tak suka sangat kerja malam, sebab time nk tutup tu aku kena kemas segala macam barang.) Tapi nak buat macam mana, dah kata kerja, nak tak nak buat je lah.

Sekian...

p/s : untuk capital F, saya suka kalau awk stalk FB, WeChat, dan Blog saya. Sebab dari situ saya tahu yang awk care pasal saya. AWAK, SAYA SAYANG AWAK! SAYA BERJANJI AKAN JAGA AWAK. ITU JANJI SAYA. 15/12/13, genap 4 bulan saya dengan awak.

"MY HEART FOR YOU, CAPITAL F"

Sunday, 15 December 2013

Kenangan yang terindah dalam hidup ku...

Assalamualaikum...

Bertemu kita kembali dalam blog aku yang tak seberapa ni. Entry kali aku nak cerita kenangan aku dengan dia. Dimana dia berjumpa dengan family aku.

Hari tu merupakan hari terakhir SPM (05/12/13). Jadi, hari tu Ibu cakap nak pergi Muar lps amil aku kat sekolah. Ibu cakap nak jumpa sedara ibu. Lepas paper MPAV tu aku cepat-cepat pergi balik asrama ambil segala macam beg yang ada. Dan terus gerak pergi Muar.

Lepas beberapa minit perjalanan, Ayah ajak sengah kat Parit Jawa untuk makan asam pedas. Asam pedas nya boleh lah tahan. Lepas makan ayah sambung perjalanan ke Muar. Lepas sampai di Muar ayah berhenti kat bus stand untuk menuggu Mak Ngah datang menjemput kami. 

Sesampai sahaja di rumah Mak Ngah, duduk-duduk sebentar dan makan rendang. Ayah tanya aku nak pergi mana lagi lepas ini, aku cakap ar yang aku nak pergi Tanjung. Tapi cuaca tak mengizinkan. Jadi aku pun ajak ar Ayah aku pergi WETEX.

Sebenarnya, aku nak jumpa dia. Sebelum pergi Muar hari tu, aku bagi tahu dia yang aku nak pergi Muar, Tapi dia cakap maybe dia tak dapat jumpa aku, sebab dia kena pergi hospital. Aku cakap tak apalah.

Masa kat rumah Mak Ngah, aku text dia, cakap yang aku dah sampai kat Muar. Lepas tu dia ajak jumpa kat Tangjung ( sebab tu aku nak g tangjung) tapi hujan lah pulak. Tapi dia cakap maybe dia nak pergi sekolah dulu. Aku cakap kalau ada masa kita jumpa lah.

Kebetulan ayah aku tanya aku, nak pergi mana, aku cakap ar yang aku nak pergi WETEX, aku pun cakap ar dengan dia yang aku kat WETEX. Dia cakap kat aku nanti dia datang WETEX. Lepas dia sampai kat WETEX, aku bawa dia jumpa family aku. Lepas tu aku dengan di pergi jalan-jalan kat sana.

Masa aku jalan-jalan dengan dia. Aku tanya dia nak pergi mana? Aku cakap yang aku ikut dia nak pergi mana. Lepas tu dia bawa aku tengok cinci. Dia tanya nak cinci tak? Aku tersenggih je. Kami pun pilih cinci. Aku pun pilih. Lepas tu kami buat bayaran.

Ya allah, masa tu aku rasa aku lah yang paling bahagia sekali kat dunia tu. Walau apa-apa pun, aku nak ucapakn terima kasih yang amat sangat kat dia. 

"Awak, thank ye sebab sudi temankan saya. Dan sudi pakai cinci tu. Awak, saya sanyang awak sangat.  Saya tak nak kehilangan awak. Awak, saya akan cuba untuk tak curang pada awak."

sekian...


Saturday, 7 December 2013

Hari terakhir di Sekolah...

Assalamualaikum...

Akhirnya, tamat sudah zaman persekolahan aku, Pada 05/12/13, jam 10.30 paper Aplikasi Elektrik & Elektronik berakhir dengan sorakan kebebasan. Bebas dari sekolah, bebas dari cikgu, bebas dari peraturan sekolah dan segala macam yang berkaitan dengan sekolah. Tapi ada suatu perkara yang pasti akan dirindui, iaitu kawan-kawan dan guru.

satu hari sebelum tamatnya sekolah, kawan-kawan telah mencampak aku kedalam kolam (kolam buatan, dekat korido aman 4). dia orang angkat  aku dari dorm aku bawa pergi aman 4. Ya allah, frist aku tak nak, tapi dh kena paksa bagi, nak tak nak, kena juga masuk dalam kolam itu. 

Petang tu, Ilham ajak kita orang pergi kait rambutan. Memang kelakar, orang banda masuk kampung. bayangkan Afnan dengan Khai boleh main baling-baling rangting kat pokok tu. Yang Ilham sibuk cari galah. Akhirnya, galah dijumpai, tapi semua cuba tak dapat. Tapi nasib baik Nazif, dia tu memang orang kampung lah. Dia sorang je yang pandai juga galah tu. Akhirnya banyak rambutan yang dikait. Lepas ambil rambutan, Cikgu Syhafikah belanja kita orang pisang goreng. Aku memang dah lama nak makan pisang goreng.

Malam tu sebelum habis paper, budak dorm lagi boleh party dalam dorm, dah lah pagi tu ada satu lagi paper. Mulanya aku dah tidur dulu, tapi Wan boleh kejut aku, Dah lah tu, lepas tu dia boleh main peluk-peluk aku, lepas tu memeka kat katil aku. Pagi tu, Fahmi boleh ambil getah paip lepas sembah kat muka Azizi. Berdekah aku ketawa pagi tu. Memang last day in hostel paling-paling meriah. Memang takkan aku lupa kenang ini semua.

Memang semua kenangan aku kat sekolah tu, takkan aku lupakan. Aku sentiasa merindui zaman persekolah aku. Sekarang ini pun, aku still rindu dengan kawan-kawan aku. Rindu nak gaduh dengan budak dorm aku.

Sekian...