Assalamualaikum...
Hari itu, masa aku tengok-tengok chat kat FB yang lama-lama aku tertarik dengan satu chat aku dengan seseorang. Seorang yang dah lama aku tak chat. Iaitu dengan seorang. Aku anggap dia ini abang ( umur dia baru 21 tahun.Jadi memang layak kalau aku panggil dia abang kan?)
Nak jadikan cerita aku pun tegur lah dia kat FB. Pada mulanya aku ingat dia dah tak ingat aku lagi. Rupanya dia still ingat kat aku lagi. Yelah, siapa yang tak happy kalau ada orang yang ingat kita.
Aku pun tanya khabar dia. Dia ini baru menamatkan belajar kat Kolej tempat dia belajar. Dia cakap, dia baru dapat result. Hari tu macam-macam aku chat dengan dia. Lepas tu, aku tanya dia kalau-kalau yang dia tu ada BBM atau WeChat. Dia cakap dia ada. Apa lagi kita pun bertukar-tukar BB PIN dan Wechat.
Aku cakap yang aku nak off FB. Lepas tu kami chat kat BBM. Bila aku chat dengan dia, aku rasa selesa. Aku rasa seronok chat dengan dia. Hari tu aku tidur pukul 5 pagi. Sebab aku seronok sangat layan chat dengan dia.
ok lah, aku cukup lah dulu post untuk kali ini. Lain kali aku pst lah lagi pasal abang aku ni.
Sekian...
p/s : salakah kalau aku suka seseorang. Dan aku tahu yang aku yang aku dan dia terlibat dalam cinta terlarang. Tapi aku tetap kan teruskan cinta ini walau aku tahu akhirnya nanti kami terpaksa berpisah...
No comments:
Post a Comment