Akhirnya, tamat sudah zaman persekolahan aku, Pada 05/12/13, jam 10.30 paper Aplikasi Elektrik & Elektronik berakhir dengan sorakan kebebasan. Bebas dari sekolah, bebas dari cikgu, bebas dari peraturan sekolah dan segala macam yang berkaitan dengan sekolah. Tapi ada suatu perkara yang pasti akan dirindui, iaitu kawan-kawan dan guru.
satu hari sebelum tamatnya sekolah, kawan-kawan telah mencampak aku kedalam kolam (kolam buatan, dekat korido aman 4). dia orang angkat aku dari dorm aku bawa pergi aman 4. Ya allah, frist aku tak nak, tapi dh kena paksa bagi, nak tak nak, kena juga masuk dalam kolam itu.
Petang tu, Ilham ajak kita orang pergi kait rambutan. Memang kelakar, orang banda masuk kampung. bayangkan Afnan dengan Khai boleh main baling-baling rangting kat pokok tu. Yang Ilham sibuk cari galah. Akhirnya, galah dijumpai, tapi semua cuba tak dapat. Tapi nasib baik Nazif, dia tu memang orang kampung lah. Dia sorang je yang pandai juga galah tu. Akhirnya banyak rambutan yang dikait. Lepas ambil rambutan, Cikgu Syhafikah belanja kita orang pisang goreng. Aku memang dah lama nak makan pisang goreng.
Malam tu sebelum habis paper, budak dorm lagi boleh party dalam dorm, dah lah pagi tu ada satu lagi paper. Mulanya aku dah tidur dulu, tapi Wan boleh kejut aku, Dah lah tu, lepas tu dia boleh main peluk-peluk aku, lepas tu memeka kat katil aku. Pagi tu, Fahmi boleh ambil getah paip lepas sembah kat muka Azizi. Berdekah aku ketawa pagi tu. Memang last day in hostel paling-paling meriah. Memang takkan aku lupa kenang ini semua.
Memang semua kenangan aku kat sekolah tu, takkan aku lupakan. Aku sentiasa merindui zaman persekolah aku. Sekarang ini pun, aku still rindu dengan kawan-kawan aku. Rindu nak gaduh dengan budak dorm aku.
Sekian...
No comments:
Post a Comment