Assalamualaikum..
Kenapa manusia ni susah nak terima kelebihan orang lain? And wujud pula hasrat dengki. Segungguhnya manusia ni tidak pernah bersyukur yang apa yang dimilikinya. Menabur fitnah tu perkara biasa. Mengumpat juga tidak ketinggalan. Sebab tu mengapa mereka sukar maju. Kerana mereka lebih selesa pemerhati saja. Sedangkan orang lain sibuk untuk memajukan diri.
Masa silam seseorang selalu di jadikan ugutan. Andai aib orang mudah saja di ingat. Tapi andai kebaikan orang terlalu mudah dilupakan? Menagapa harus bergini? Mengapa perkara yang mengaibkan selalu di ingati?Mengapa? Mengapa? Persoalan yamg selalu berlegah-legah di benak fikiran ku. Wujudnya orang sebergini boleh membuat seseorang hidup dalam keadaan tertekan. Andai terlalu tertekan mereka boleh membuat satu tendakan yang bodoh sehingga boleh membunuh diri.
Dan apabila seseorang itu ingin berubah, mengapa mesti ada halangan? Mengapa mesti ada orang yang menjadi tembok untuk seseorang itu berubah? Mungkin ini semua hanya lah ujian dari-NYA. Benar orang bilang, apabila mahu berubah ke arah kebaikan banyak benar halangan yang harus di tempuhi.
Seseorang yang ingin berubah perlukan sokongan, bukannya hinaan! bukan kutukkan! tapi hanya sedikit sokong sahaja sudah cukup memberi mereka semangat. Kita hanya lihat dari segi luaran saja. Tapi dalaman seseorang langsung kita tak tahu. Apa yang kita tahu hanya luaran saja. Pernah kita tahu masa silam nya? Pernah kita tahu apa yang berlaku terharap dirinya ? Pernah ita tahu mengapa seseorang jadi begitu? Tidak pernah bukan? Kerana semua perkara yang berlaku mempunyai sebab. Tapi Kita hanya tahu menghina, mengutuk, dan kekedang kita terlalu merasa yang kita ni terlalu baik sehingga menganap diri kita ke syurga dan mereka ke neraka. Siapa kita untuk tentukan semua tu? Kita bukan Tuhan. Kita juga bukan malaikat yang tak pernh melakukan dosa. Kita hanya manusia biasa.
Orang tidak akan tahu selagi dia tidak merasa apa yang kita rasa. Sebab tu meraka hanya mengata,mengata, dan terus mengata. Jika dia berada di tempat kita sudah pasti dia mengerti apa yang kita rasa. Dan pasti mereka akan mengerti perasaaan ku ni.
Aku berharap agar ada dapat memahami perassan ku ni. Walau pun hanya nukilan yang tidak seberapa ni. Aku berharap agar aku ditemukan dengan seseorang mengerti perasaan ku.
Sekian..
p/s : Tengah hari ni tiba-tiba bersemangat nak update blog pulak. Maaf andai bahasanya agak berterabuh.. aku bukan budak sastera, aku hanya budak kejuteraan yang memegang alatan membaiki.
No comments:
Post a Comment