Sunday, 7 September 2014

Kemalangan..

Assalamualaikum...

Terasa suadah lama tak update blog ni. Sebenarnya memang ada niat nak update blog ini. Tapi Kemalasan still ada dalam diri aku ini. Sebab tu blog aku macam krik...krik.. je.. hihihi..

Malam ni aku nak cerita macam mana aku boleh kemalangan moto akhir bulan tiga hari. Kemalangan tu berlaku tiga hari lepas aku mengambil keputusan SPM aku. Keputasan SPM tidak mencapai target aku. Tapi sekurangnya aku dapat banggakan parents aku. 

Walaupun result pelajar vokay seperti aku ni tidak lah sebagus result pelajar sanis. Aku sentiasa sedar yang aku hanya sekadar pelajar aliran vokay, dan aku rasa bersyukar sekurang-kurangnya aku tahu serba sedikit alam Engineering sebelum aku melangkah ke alam Politeknik.

Selang tiga hari dari result SPM aku kemalangan moto. Aku langar batu pembahagi jalan. Jalan lurus aku boleh jatuh? Kelakar bukan? Tapi nak kata jalan tu lurus, tak lah lurus sangat. Cuma ada selekor sikit je. Banyak faktor yang mempengaruhi aku masa kemalangan tu. 
Pertama, aku tak puas hati dengan manager sebab dia suka-suka je ubah jadual aku tanpa tanya aku dulu. Bayangankan, jadual duty dah buat minggu lepas. Minggu tu hari isnin kau tengok jadual hari ahad kau kerja malam. Tapi hari ahad tu kau dapat call dari manager kau, and than di suruh datang kerja pagi. Kau naik angin tak? Mesti kau marah bukan? Benda yang sama lah terjadi kat aku.
Kedua, aku tak cukup tidur. Hari sabtu tu aku dah kerja malam, lepas tu hari ahad tu aku kerja pagi. So, kalau benda ni berlaku dalam diri kau orang, pasti dan aku yakin otak kau orang pasti tidak dapat berfikir dan betul sebetulnya. Sebab bila badan letih, otak akan turut letih juga.

Pelbagai sebab yang menyebabkan aku kemalangan. Orang selalu kata, nak kemalangan ni tidak perlu ambil masa yang lama tiga saat atau kurang sudah boleh menyebabkan kemalagan. Tapi untuk pulih dari kemalangan memakan masa 3 bulan dan lebih.

Aku bersyukur, kerana masa kemaangan tu hanya pengelangan tangan kiri aku sahaja yang patah. Yang hanya luka-luka sikit sahaja. Aku mengambil masa hampir 6 bulan untuk aku sembur betul dari patah tangan. Sekarang ni, aku masih berhati-hati untuk mengunakan tangan kiri aku. Yelah, orang kata kalau patah tangan ni tak bole buat kerja berat-berat dulu.
Aku rasa cukup lah dulu sampai ni. Nanti kalau ada masa aku akan update bolg aku lagi..
Sekian..
p/s : Kehidupan pelajar IPT sangat memenatkan..

No comments:

Post a Comment