Assalamualaikum...
Akhirnya, tamat sudah zaman persekolahan aku, Pada 05/12/13, jam 10.30 paper Aplikasi Elektrik & Elektronik berakhir dengan sorakan kebebasan. Bebas dari sekolah, bebas dari cikgu, bebas dari peraturan sekolah dan segala macam yang berkaitan dengan sekolah. Tapi ada suatu perkara yang pasti akan dirindui, iaitu kawan-kawan dan guru.
satu hari sebelum tamatnya sekolah, kawan-kawan telah mencampak aku kedalam kolam (kolam buatan, dekat korido aman 4). dia orang angkat aku dari dorm aku bawa pergi aman 4. Ya allah, frist aku tak nak, tapi dh kena paksa bagi, nak tak nak, kena juga masuk dalam kolam itu.
Petang tu, Ilham ajak kita orang pergi kait rambutan. Memang kelakar, orang banda masuk kampung. bayangkan Afnan dengan Khai boleh main baling-baling rangting kat pokok tu. Yang Ilham sibuk cari galah. Akhirnya, galah dijumpai, tapi semua cuba tak dapat. Tapi nasib baik Nazif, dia tu memang orang kampung lah. Dia sorang je yang pandai juga galah tu. Akhirnya banyak rambutan yang dikait. Lepas ambil rambutan, Cikgu Syhafikah belanja kita orang pisang goreng. Aku memang dah lama nak makan pisang goreng.
Malam tu sebelum habis paper, budak dorm lagi boleh party dalam dorm, dah lah pagi tu ada satu lagi paper. Mulanya aku dah tidur dulu, tapi Wan boleh kejut aku, Dah lah tu, lepas tu dia boleh main peluk-peluk aku, lepas tu memeka kat katil aku. Pagi tu, Fahmi boleh ambil getah paip lepas sembah kat muka Azizi. Berdekah aku ketawa pagi tu. Memang last day in hostel paling-paling meriah. Memang takkan aku lupa kenang ini semua.
Memang semua kenangan aku kat sekolah tu, takkan aku lupakan. Aku sentiasa merindui zaman persekolah aku. Sekarang ini pun, aku still rindu dengan kawan-kawan aku. Rindu nak gaduh dengan budak dorm aku.
Sekian...
Assalamualaikum...
Sekarang ini kat luar hujan, ni kalau tidur sedap ni. Tapi aku malaslah nak tidur. Aku nak tunggu dia, aku takut kalau dia text aku, time tu aku tidur.Aku tak nak di tertunggu-tunggu aku.
Petang ini aku nak cerita tentang dia dan aku. Hari tu (28/11/13), aku gaduh dengan dia. Aku sebelum ini memang tak ada gaduh dengan dia. Hari tu, aku tunggu dia dari tengah hari sempai ke malam, dia tak text aku. Aku dah macam orang gila tunggu depan handset. Tapi dia tk text aku pun. sampaikan mak aku tegur aku, "kenapa abang? tak sihat ke?" aku cakap aku okey je. tapi sebenarnya aku tunggu dia.
Malam tu aku telefon dia, tapi dia tak angkat. Lepas tu dia hantar text,"awk, jangan call, saya kat office mak saya ini. Mak tengah meeting..". Jap, apa kena-mengena mak dia meeting dengan dia? aku pelik juga? takkan dia ikut join meeting tu sekali? entah lah kan aku pun tak tahu, Lepas tu dia call, dia kata, dia minta maaf sebab tak text aku, dia cakap dia, sibuk. Aku cakap dengan dia, kalau sibuk tak payah call.
Memang malam tu aku bergaduh dengan dia. Dia boleh cakap aku tak faham dia? Awak macam mana saya nak faham awak, kalau awak tak bagi tahu saya. kalau dia bagi tahu aku yang dia sibuk dari awal, aku boleh faham.
Tapi apa-apa pun, aku dengan dia dah okey. Memang dalam satu perhubungan mesti ada pergaduhan, sebab pergaduhan itu mampu membaiki perhubungan itu.
"Awak, saya sayang awak, saya tak nak kehilangan awak. Saya nak awak selalu ada dekat dengan saya. Saya takut kehilangan awak."
sekian...
Assalamualaikum...
Aku rasa tiba-tiba nak tulis blog petang in. Maybe, sebab dia dah tunaikan janji dia kepada aku kut.
Cerita dia macam ini. Aku dah lama minta dia beli namber Digi. Tapi dia tak beli juga. Aku tunggu punya tunggu. Rupa-rupanya dia ini nak kena bagi tempoh baru nak beli. Jadinya aku bagi dia tempoh dari 27-30/11/13. Sebab apa aku bagi tempoh dalam tarikh tu sebabnya dia dah habis exam. Aku tk nak dia tertekan sebab aku. Aku faham, Matapelajar yg dia ambil tu susah nak skor. Jadi aku hormatlah dia.
Allhamdullih, akhirnya dia tunaikan janji dia pada aku pun. Hari ini(27/11/13) dia telah membeli nombor digi tu. Aku rasa dia ini memang betul-betul cinta aku. Sebab dia sanggup buat benda yang remeh macam ini. Aku memang tak sangka. Aku rasa aku orang paling bahagia hari ini.
Okey lah, cukup lah sampai sini, ingat malam ini nak telefon dia, itu pun kalau dia tak sibuk.
"Saya tahu awak selalu baca blog saya, apa-apa pun saya nak ucupkan terima kasih sebab awak sudi baca blog saya yang tak seberapa ini. Awak, saya sayang awak. saya cintakan awak. My heart just for you my capital F"
sekian...
Assalamualaikum...
Rindunya dengan blog aku. Dah lama aku tak update. Biasalah sibuk dengan SPM lah kata nya. sebenarnya aku nak cerita sesuatu kat kauorang.
Aku memang dah lama niat nak pergi Muar. yelah dia kan duduk kat Muar. Jadi hari tu 20/11/13 aku telah pergi ke Muar. Di sana aku duduk rumah Yasmin. Rumah Yasmin ni terletak di kawasan Istana Tanjung. So, kebetulan hari tu Hari Keputraan Sultan Johor. Jadinya memang banyak polis yang berada di sekitar istana.
Aku bagi tahu dia yang aku dah sampai kat Muar. Dia cakap, Kalau ada rezeki kita jumpa ye. Aku jawap lah ye lah awak. Jadi sudah berapa kali kita orang nak jumpa, Tapi asik ada halangan sahaja. Aku banyak bersabar dan aku berdoa agar aku dan dia di pertemukan. Aku beusaha sedaya upaya untuk berjumpa dengan dia,
Akhirnya, aku dan di dipertemukan. Hari sabtu (23/11/13) , aku telah pergi ke rumah dia, Pada mulanya, aku tak ada niat nk buat kejutan kat dia. Kebetulan dia ada kasi aku alamat umah dia. Jadi aku pun mintalah tolong kakak Ina bawa aku pergi rumah dia. Cari punya cari, jumpalah rumah dia. Pada mulanya aku takut salah rumah, ialah aku sebelum ini tak pernah pergi rumah dia. Aku cuba telefon dia, banyak kali aku call dia. Tapi dia tak angkat telefon aku. Aku pun bagi je lah salam kat rumah dia, Tapi macam tak ada orang. Aku pun masuk dalam dan ketuk pintu, Dua kali ketuk dan bagi salam, barulah dedaun pintu terbuka. Aku tak sangka yang buka pintu itu ialah dia. Masa dia buka pintu tu, muka dia nampak sangat terkejut dengan kehadiran aku.(maklumlah baru pertama kali kita orang jumpa). Dia cakap dengan aku,"Kenapa nak datang tak bagi tahu?" "Bukan saya tak nak bagi tahu, tapi cuba awak tengok telefon awak?" dia hanya tesenyum je bila tengok fon, dy cakap yg telefon dia silent mood.
Masa aku pergi rumah dia, dia hanya tersengih malu. Yelah orang yang tersayang datang buat kejutan. Di memang tak boleh berkata-kata lagi. Yang dia tahu hanya tersenyum sahaja. Tapi aku jumpa dia tk lama, sekejap je. Tapi pertemuan yang sekejep tu lah sangat bermakna bagi saya.
"Awak, pertemuan kita di Muar merupakan hadiah dari saya untuk awak. Saya harap yang awak setia dengan saya. Sebab saya tak pernah sanggup lakukan semua ini. Saya lakukan semua ini hanya untuk awak. Saya harap hubungan kita kekal selama-lamanya."
Okey lah, aku nak stop dulu ini. Nanti kalau ada masa aku update lagi.
"My heart just for you, My Capital F"
sekian...
Assalamualaikum...
Selamat pagi. So macam biasalah aku kalau hari minggu lps tu blk kampung, memang bangun je terus aku menghadap notebook aku ini. Hihihi. yes aku memang belum basuh muka lagi ini. Jap lagi terus je mandi.
Now pagi-pagi dah dapat mesej dari dia. Yes, bangun-bungun tengok handphone ada 1 mesej. Dia send dan berkata yang dia berterima kasih sebab setia dengan dia. Happynya aku rasa. aku tak pernah macam ini sebelum ini. Dialah org pertama yang telah berjaya membuat aku tersenyum sorang-sorang sepanjang masa. aku akan sentiasa terfikir pasal di. Dia tengah buat apa? Dia dengan siapa? and i will be think all about my capital F. Yes, aku dah bertambah gila, gila dengan dia.
Capital F, awak lain dgn ex saya. Awak telah buat saya terlalu mencintai diri awak. Awak juga membuat saya sentiasa ingat akan awak. Aku rasa cukup bahagia dengan nya. Akan ku jaga hubungan aku dengan untuk selama-lamanya.
"You always in my mind..."
Sekian...