Tuesday, 23 June 2015

Seminggu lagi. .

Assalamualaikum. .

Ya Allah..
Lagi seminggu aku akan melapor diri di Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar. .

waktu bagiku berlalu bergitu pantas. .
seakan ia mencemburi aku. .
masa yang bergitu singkat ku rasakan. .

Sukar untuk aku tafsirkan perasaan aku kala ini. .
adakala aku rasa gembira, sedih, takut barangkali.

Gembira? yup. memang aku gembira kerana telah lulas interview tempoh hari.
siapa yang tidak gembira bukan? Sungguh tak ku sangka yang aku akan lulus interview.
Aku penuhi impian ayahku yang ingin aku study dalam bidang medic. .
Aku tidak kisah sangat tentang belajar. Kerana bagi aku belajar dimana-mana sama.
Ada susah ada senang nya. .

Sedih? entah. aku tak tahu nak cakap macam mana.
sebab nak kata akan berpisah dengan family aku tak juga..
sebab sejak dari tingkatan 4 lagi telah berpisah dengan family aku..

mungkin kali ini lebih jauh keutara, maybe.
I don't know why. .

hemmm..
pakaian aku telah aku kemaskan..
hanya tinggal lagi beberapa dokumen yang belum aku selesaikan. .

p/s: lepas ini, balik kampung memang 3 bulan or tunggu cuti je lah..

Sunday, 21 June 2015

Rezeki..

Assalamualaikum. .

Bersarang dan berhabuk aku punya blog..
dah lama tak dok mengupdate blog kesayangan aku ini.

Entry kali sambungan dari yang lepas..
entry yang lepas aku tentang UKCG aku kat IPG . .

Keputasan UCKG aku telah gagal untuk dipanggil untuk interview bagi kemasukan ke IPG. .
Pada mulanya aku agak kecewa dengan keputusan itu. .
Rasa macam nak nangis. .
Yelah. . dah lah masa ujian kecedasan aku buat separuh mati..

Lama juga aku nak menengankan diri aku. .
Allahmdullih. . Ibu aku dan kakak sedara aku banyak bagi semangat kat aku. .

Pada musa yang sama juga aku dapat interview untuk Latihan Separa Perubatan (SPA). .
Actually, aku tak nak pergi interview itu. .
Aku dah email, mesej dari SPA untuk menghadiri interview tu. .
1/4.2015. .
tidak dijangka-jangka surat menyusur datang bertandang ke rumah aku. .
Secara automatik Ibu terus call aku cakap surat SPA dah sampai. .

Namun pada awalnya aku cakap dengan ibu yang aku tak nak pergi. .
But ibu kata pergi saja interview tu. .
lagi pun tarikh interview tu tidak bertindih dengan mana-mana tarikh yang aku ada paper. .

Opss.. lupa pulak..
Masa interview untuk SPA tu. .
kena masa bulan exam. .

Kebetulan 14/4/2015 aku tiada paper. .
sehari sebelum tu aku ada paper math dan aku paper aku yang seterusnya jatuh pada minggu lagi satu. .
so apa lagi.. aku mengambil kesempatan untuk pulang ke JB. .

Allahamdullih..
Rezeki allah.. Aku telah lulus interview tu. .
Medical Assistant-to-be. .

Aku memang tak sangka yang aku boleh pass interview tu. .
sebabnya.. aku ini bukan dari sains tulen pun..
aku ini dari vokay je..

insyallah.. 1/7/2015 ini. .
lapor diri di Kolej Pembantu Perubtan Alor Setar. .

aku rasa cukup lah dulu..

sekian. .

p/s: selamat berpuasa bagi semua muslimin dan musliman. .

Tuesday, 31 March 2015

IPG

Assalamualaikum..
lama dah rasanya tak update blog.. ye lah sibuk lah katanya.. Next week dah nak final..

Tahun ni aku mohon lagi Institut Perguruaan (IPG). Tahun lepas dah mohon. namun kecundang pada Temu Duga. Maybe tahun bukan rezeki kau, mana tahu rezeki aku untuk masuk IPG tahun ni.

Hari rabu ni 1/4/2015 aku akan ke IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, Melaka. Hopefully aku dapt buat UKCG dengan baik.. 
Aku risau bahagian fitness.

ye lah.. semput nak menghabis kan bleat test.. tahun lepas aku buat berapa je..

Tahun lepas UKCG aku buat kat johor, Tahun ni tukar angin.. Buat kat melaka. Mana tahu rezeki aku tahun ini..
semoga segala urusan aku dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Cukup lah sampai disini.. nanti ada masa aku update lagi..

  

Friday, 26 December 2014

Someone

Assalamualaikum..

Kepenatan membawa adik aku jalan-jalan tadi. Bawa dia tengok wayang, bawa pergi makan. Bukan selalu aku speed time dengan dia. Ialah aku kan belajar jauh, Kadang-kadang je balik JB. Malam ini aku nak cerita tentang someone yang hadir dalam hidup aku.

Aku baru je kenal dia. Beberapa hari lepas. Tapi kan aku dapat rasakan satu perasaan yang aneh dengan dia. Perasaan yang pernah hadir dulu dan kiri ia hadir kembali. Ye aku tahu aku dah jatuh hati dengan dia. Aku tahu aku tak boleh tipu hati aku ini.

Serius aku cakap sekarang ini aku rindu gila dengan dia. Yup rindu yang teramat sangat. Setiap masa aku fikirkan dia. Setiap masa aku terbayangkan dia. Semua tentang dia. Aku mesej, aku Whatsapp, aku Wechat, semua dia tak balas. Yup sekarang ni aku rindu gila dengan dia.

Aku harap sangat dia reply semua text aku.

Sekian..

Tuesday, 23 December 2014

Ke KVBP ke kita?

Asssalamualaikum

Balik bercuti selama seminggu ni sungguh membahagiakan. Ialah siapa yang tak nak cuti, dengan cuti ini dapat lah aku rehatkan diri aku yg selalu keletihan. Semalam aku pergi Batu Pahat (BP). Ialah sejak aku dah menamatkan pengajian aku di Kolej Vokasional Batu Pahat.

Sebanarnya aku nk ke BP pun tak rancang. Khai yang call dalam pukul 8 pagi. Dia tanya aku nak ikut tak pergi BP. Aku pun ikut je lah. Tujuan kita orang pergi BP ialah nak ambil sijil SPM 2013. Dari hari tu aku nak pergi BP tapi tu lah, masa tak mingizinkan.

Semalam dalam perjalanan ke BP macam-macam terjadi. Dengan moto khai yang rosak tepi jalan. Kalau jalan kampung tak apa lagi. Ini Highway. Kau orang bayangakan lah. Moto nya rosak lagi 5 KM je nak sampai Mahcap. Tapi allhamdullih Wan ada. Dia datang untuk tolak moto Khai ke Mahcap. Ingatkan moto Khai habis minyak. Tapi tak juga. Kemudian kita orang pun pergi Ayer Hitam. Sampai Ayer Hitam je telefon Azim. 

Sudahnya moto Khai masuk bengkel. Terebang RM 110. Sementara tu tunggu Hasif sampai Ayer Hitam. Lepas tu, baru kita orang bergerak ke KVBP. Sampai je KVBP, pelbagai kenangan kembila. Suka dan Duka aku di KVBP selama 2 tahun. Macam berlaku dalam hidup aku di situ. Di KVBP aku mula berdikari, tinggal jauh dengan ibu bapa. Pelbagai dugaan aku tempuh sebelum aku menjejakan kaki ke Politeknik Merlimau.

Lepas je ambil sijil, ingat nak ke asrama. Tapi sayang, pak gurad tidak beri kami masuk ke kawasan asrama. Dalam perjalan keluar dari asrama tu, aku pun jatuh moto. Hihihi. Sebanarnya mak aku dah pesan jangan bawa moto. Tapi tu lah degil, aku pergi bawa juga moto kawan aku. Tak dengar cakap ibu, ambil kau kan dah kena TULAH. Tapi allahmdullih lukanya tak teruk. Just tapak tangan je luka sikit.

Tapi satu je aku nak cakap, naik moto dari JB sampai ke BP sakit belakang aku. Macam mana lah naik naik moto balik Melaka ni. Walaubagaimanapun aku happy gila semalam, dapat jumpa kawan-kawan lama. Dapat speed time dengan mereka. Entah kapan aku bisa ketemu sama kalian lagi.

Sekian...

p/s : Semalam banyak kali lalu UTHM, dan aku harap sangat aku dapat jumpa dia. Tapi aku tahu semua itu hanya mimpi.