Saturday, 9 November 2013

SPM! SPM! SPM!

Assalamualaikum...

Bulan ni ialah bulan SPM. Pejam celik pejam celik rupanya aku dah kena ambil SPM. Subjek yang aku ambil cuma 8 mata pelajaran sahaja. 6 subjek teras dan 2 matapelajaran bengkel. Aku ini aliran vokay je.

Paper pertama aku ambil ialah Bahasa Melayu iaitu pada 6/11/13. Dan hari itu juga merupakan hari pertama aku aku melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Angka Giliran aku ialah JK802A082. Aku ditempatkan di pusat kedua. Apa yang best tetang pusat nombor dua ini ialah sejuk. Sabab apa aku cakap sejuk, sabab pusat itu merupakan kelas, jadi memang banyak kipas kan... hihihihi. kalau Pusat yang pertama, kena ambil kat Dewan Besar. Jadi faham-faham je lah kan, kat dewan macam mana keadaannya kalau tengah hari, kekadang tak perlu tunggu tengah hari dalam pukul 9 atau 10 dah panas. Tapi kan time kita orang start exam cuaca seakan memaham kita orang. Cuaca hari itu sungguh mendung, aku pun dapatlah aku jawap dengan tenang-tenangnya.

Hari kedua ialah sebjek yang aku lemah sikit iaitu Bahasa Inggeris. Paper I itu aku berserah sahaja kepada Allah. Paper BI aku just target B je tapi kalau boleh biarlah dapat A- pun jadi lah. hihihihihi...
Hari ini aku balik rumah pun sebab nak kasi bahan sejarah kat kawan. Aku just tinggal lagi 6 paper je lagi. Lepas tu tamat alam persekolah aku. Sebenarnya sebelum nk ambil exam aku asik teringat kembali masa mula-mula aku masuk tadika lepas tu sekolah rendah lepas UPSR je masuk alam sekolah menegah bawah, lepas je PMR aku terus duduk jauh sikit dengan family aku. Selama 2 tahun berada di menegah atas, dan sekarang sudah tiba waktunya aku menentukan sama ada aku boleh menang atau tidak peperangan ini, iaitu SPM.


ok lah, mak aku nak ajak keluar jap. Dia cakap nak beli barang sikit. Tapi apa yang penting malam ni aku kena study sejarah. Sebab paper seterusnya ialah SEJARAH pada 13/11/13. Nanti doakan kerjayaan aku k..


Opss, terlupa nak cakap THANKS CAPITAL F SEBAB SUDI BACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI. MY HEART JUST FOR U, CAPITAL F. AND I LOVE U SO MUCH. #TAKENOTE

Sekian, 

No comments:

Post a Comment