Selamat Tahu Baru!!!!!!! Ya Allah... pejam celik, pejam celik.. dah masuk tahu baru. Tahun 2013 membawa pelbagai kisah, pelbagai cerita yang terjadi dalam hidup aku. 2013 juga membawa makna yang sangat bermakna bagi aku kerana tahun 2013 aku telah menamatkan alam persekolah dan berjumpa dengan insan yang sangat istimewa dalam hidup aku.
Dalam tahun 2013 pelbagai pengalaman telah aku lalui. Dimana aku telah bergaduh dengan junior aku. Dimana aku dipertanggungjawab untuk jadi ketua koperasi, pengerusi PBSM, Ketua Editor Majalah sekolah dan peelbagai lagi jawatan di sekolah (sampai ada kata aku ini gila kuasa). Aku tahu semua jawatan yang aku peggan memang berat, tapi aku cabar diri aku untuk lakukan juga. Sebab aku tahu pada masa akan datang ada tanggungjawab yang lagi besar dan berat dari tu.
Dalam tahun 2013 juga, aku telah temui sebuah cinta, cinta yang selama ini aku cari. Aku telah berkenalan dengan seorang insan di lama sosial. Aku tahu, ramai yang cakap Cinta Muka Buku ini tak tahan lama. Tapi, entah mengapa aku rasa dengan dia ini aku yakin, yang aku dengan dia akan bertahann lama. Sebab aku tahu dia ikhlas dengan aku. Memang tak dinafikan, pada mulanya aku tak mengduga yang aku akan jatuh cinta dengan dia. Awalnya aku cuma sayang padanya, tak lebih dari itu. Tapi lama kelamaan perasaan sayang tu bertukar, ia bertukar menjadi cinta. Ye, ia betul aku telah jatuh cinta, Memang aku pernah couple dengan orang lain, tapi aku tak pernah jatuh cinta macam mana aku telah terlanjur mencintai dia.
Pertama kali dalam hidup aku, aku sanggup lakukan apa saja demi cinta, Bayangkan aku sanggup pergi ke Muar semata-mata nak jumpa dia. Aku tak pernah buat benda ni semua sebelum ni. Aku rasa macam dia lah insan pertama yang telah membuka pintu hati aku yang telah lama tertutup oleh seseorang yang telah melukan hati aku.
"Sekali awak dah masuk dalam hati, saya janji akan kurung awak dalam hati saya"
Azam tahun 2014:
- aku nak sambung belajar kt mana2 IPT
- aku nak bawak dia pergi bercuti
- aku nak bawak mak ayah aku pergi jalan
- aku nak bersama dengan dia untuk 1 hari.
- aku nak tunaikan semua janji aku pada dia.
- aku harap result SPM aku dapat banggakan mak ayah aku.
Buat masa ini, itu sahaja azam aku untuk tahu ini. Banyak lagi benda yang tahun 2013 aku nak buat tapi tak kesampaian. Aku harap sangat tahun aku dapat lakukan apa yang tak dapat aku buat pada tahun lepas.
Aku rasa cukup buat masa ini, Nanti kalau aku ada aku akan update blog aku lagi. Apa-apa pun, SELAMAT TAHUN BARU 2014..
Sekian...
No comments:
Post a Comment