Assalamualaikum..
Dah lama tk update blog. Biasalah sibuklah katakan. Mana taknya hari-hari sibuk dengan kerja. Lepas tu sekarang ini aku tengah ambil lesen motor. Ramainya cakap kenapa tak ambil motor-kereta ? Senangnya dia orang cakap, ingat aku ini berduit sangat? hihihi.
Okey, tutup cerita pasal lesen. Sekarang ini aku nak cerita tentang mesej yang aku dapat. Macam-macam aku dapat. Ada satu mesej yang boleh buat aku terkejut, aku dapat mesej dari ex aku!!!
Dia cakap yang dia rindu aku. Lepas tu, dia cakap yang dia tetap tunggu aku. Aku tak tahu lah nak cakap apa lagi. Susah bagi aku. Aku tak tahu nk cakap apa. Dia ini kuat sangat cemburu dengan aku. Kekadang aku naik rimas dengan dia. Hihihihi...
okey sekarang ini tutup cerita tentang ex aku. Lepas ini aku nak cerita tentang capital F. sekarang ini dia SIBUK dengan urusan uni dia. Kekadang aku rasa dia ini dah tak perdulikan aku lagi. Aku pun tak tahu apa yang dia buat sampai nak mesej aku pun dah tak ada masa lagi. Kekadang bila dia muar, aku ingatkan dapat lah aku main mesej dengan dia lama sikit. Tapi semua tu hanya mimpi sahaja. Kalau aku nak ajak dia on call, ada saja alasan dia bagi kat aku. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Kekadang aku rasa yang diri aku ini dah tak penting dalam hidup dia lagi. Yelah kalau dia rasa yang aku ini penting dalam hidup dia, kenapa dia tak cuba cari masa untuk luangkan masa dengan aku? KENAPA? Nampak saangat yang aku ini dah tak penting dalam diri dia lagi.
Aku penat. Aku penat sebab nak kena jaga hati dia selalu. Aku penat sebab selalu nak kena faham dia. Habis aku ini apa? Robot yang tak ada perasaan? Aku pun ada perasaan. Dia macam tak pernah nak fikir tentang hati aku. Dia hanya nak aku sahaja faham dia. Dia seakan tidak pernah cuba untuk faham perasaan aku. Dia seakan tidak faham apa yang aku nak. Hati aku sakit sebab dia. Sejak dia dapat tahu yang dia dapat masuk uni. Terus hubungan aku dengan dia jadi dingin. Aku sedih sangat sebab dia buat aku macam ini.
Orang hanya melihat aku gembira. Tapi dalam hati aku ini? aku sedih sangat sebab dia. Setiap malam aku tunggu dia mesej akau. Kalau dia tak mesej aku, aku pasti tak lupa nak wish good night kat dia dan aku berharap yang dia akan reply mesej aku tu. Aku tak kisah kalau dia reply " Good Morning awak." cuma tu sahaja yang aku harapkan. Bagi aku kalau dia reply macam tu, bermakna yang dia ingat kat aku lagi. Tapi, tak ada maknanya dia nak reply mesej aku.
Hemmm... Aku memang perlukan seseorang untuk aku luahkan apa yang terserat dalam hati aku. Sebab kalau aku simpan makin lama makin sakit hati aku.
Aku rasa entry kali aku menaip panjang sangat. Yelah melepaskan rindu kat blog aku ini.Hihihi. Okey ar aku nak tidur. Esok nk kena bangun pagi. Banyak benda nak kena buat.
Sekian...
P/S : TERLALU RINDUKAN DIA. RINDU DENGAN SIKAP DIA YANG LAMA. YANG SELALU ADA MASA UNTUK AKU.
No comments:
Post a Comment