Sunday, 2 February 2014

Rindu...

Assalamualaikum...

Wah, rindunya dengan blog ini. Sudah bersarang blog aku ini. Ye lah sekarang ini aku sibuk dengan kerja aku. Hari baru dapat merehatkan diri aku. Lepas tu, tadi aku pergi sohpping kat JPO. Hihihi. Biasalah orang baru dapat gaji.

Sebenarnya aku nak cerita tentang aku dan dia. Hari jumaat dia text aku. Aku sahaja tunggu dia text aku. Dia tanya aku sama ada aku merajuk dengan dia atau tak. Aku cakap ye. 

Aku rindu dengan dia. Aku rindu nak dengar suara dia. Semalam dia cakap dengan aku dia free. Tapi dia tak reply text aku pun. Pagi ini pun sama. Dia tak reply text aku. Kenapa lah dia suka sangat buat hati aku ini sakit. Dia tak tahu ke rindu ni sakit.

Aku rasa cukup dulu lah. Nanti aku update lagi lah dalam ini.

Sekian...

p/s : kalau awak dah tak sayang saya, terus terang kat saya. Sebab awak akan buat saya terseksa dengan perasaan ni...

No comments:

Post a Comment