Friday, 27 December 2013

Kerja..

Assalamualaiku...

Hemmm.. pejam celik.. pejam celik, akhirnya genap seminggu aku berkeja kat KFC Cahaya Masa. Tarikh pertama aku masuk kerja ialah 11/12/13. Cantik kan tarikh tu. Akan ku ingat sampai bila-bila tarikh tu.

Hari pertama kerja memang penat gila. Tapi aku happy dapat kerja kat situ. Sebab dapat kawan baru. Semua kat tempat kerja aku mesera dengan aku. Kalau ada masa lapang kita orang mesti bergurau kat dapur. Memang best gila kerja kat situ.

Sekarang ini aku tengah tunggur gaji pertama aku keluar. Tak sabar rasanya nak rasa duit sendiri. Benda pertama aku nk buat dengan duit itu aku nak belanja keluarga makan. Tak sabar rasanya nk tunggu aku gaji... hihihi

Sekian...

Friday, 20 December 2013

Abang...

Assalamualaikum...

Hari itu, masa aku tengok-tengok chat kat FB yang lama-lama aku tertarik dengan satu chat aku dengan seseorang. Seorang yang dah lama aku tak chat. Iaitu dengan seorang. Aku anggap dia ini abang ( umur dia baru 21 tahun.Jadi memang layak kalau aku panggil dia abang kan?) 

Nak jadikan cerita aku pun tegur lah dia kat FB. Pada mulanya aku ingat dia dah tak ingat aku lagi. Rupanya dia still ingat kat aku lagi. Yelah, siapa yang tak happy kalau ada orang yang ingat kita.

Aku pun tanya khabar dia. Dia ini baru menamatkan belajar kat Kolej tempat dia belajar. Dia cakap, dia baru dapat result. Hari tu macam-macam aku chat dengan dia. Lepas tu, aku tanya dia kalau-kalau yang dia tu ada BBM atau WeChat. Dia cakap dia ada. Apa lagi kita pun bertukar-tukar BB PIN dan Wechat.

Aku cakap yang aku nak off FB. Lepas tu kami chat kat BBM. Bila aku chat dengan dia, aku rasa selesa. Aku rasa seronok chat dengan dia. Hari tu aku tidur pukul 5 pagi. Sebab aku seronok sangat layan chat dengan dia.

ok lah, aku cukup lah dulu post untuk kali ini. Lain kali aku pst lah lagi pasal abang aku ni.

Sekian...

p/s : salakah kalau aku suka seseorang. Dan aku tahu yang aku yang aku dan dia terlibat dalam cinta terlarang. Tapi aku tetap kan teruskan cinta ini walau aku tahu akhirnya nanti kami terpaksa berpisah... 

Thursday, 19 December 2013

Sibuk...

Assalamualaikum...

Sebenarnya sekarang ini aku tengah bosan dan aku tak tahu nak buat apa? That's why aku ingat nak post something kat blog aku yang tak seberapa nak meranik ini.

Allhamdullih sudah seminggu aku berkerja kat KFC. Ya Allah... penatnya berkerja ini. Aku rasa berlajar lagi senorok dari berkerja ini. Kau oarang bayangkan tiap-tiap hari aku balik pukul 12 malam. Buat masa ni aku kerja malam lah. Hari sabtu nanti baru aku kerja pagi.

Sebernanya aku nak sambung berlajar sementara tunggu result SPM. Aku nak sambung pra-dipolama. Tapi family aku tak berkemampuan. Jadi aku terpaksa kuburkan sahaja niat aku tu. Mulanya aku sedih dan kecewa juga lah. Yelah, aku memang dah lama rancang.Lepas tu rancang tu aku terpaksa batalkan. Maybe ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Tapi tak apa lah, lepas ni aku nak teruskan belajar.

aku nak cerita tentang aku dengan dia (Capital F). Sekarang ini aku dengan dia dh jarang text. Yelah, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Dia sambung belajar kat UTHM, program pra-dipolama (sebab tu aku nak sambung pra-diploma, sebab ada dia.hihihih) Dia sibuk nak uruskan hal-hal nak masuk Uni. Aku pulak sibuk dengan kerja aku. 

Bila malam je aku nak text dia, dia dah tidur dulu. Sebenarnya, aku rindu nak manja-manja dengan dia. Dah lama aku tak bermanja dengan dia. Aku rindu dengan wish Good Night dia. Aku rindu nak call dia lama-lama. Tadi siang pun aku call denga kejap je. Macam mana tak call sekejap je, Dia kalau bangun tidur matahari dah terpacak kat atas kepala baru nak bangun (capak orang, diri sendiri pun sama, hihihih). Jadi, memang patut pun dapat call kejap je.

Boleh di kata kan setiap malam, aku pasti akan mimpikan dia. Aku rindukan dia sangat. Aku nak jumpa dia, dan aku nak peluk dia erat-erat dan aku nk bagi tahu dia yang aku cintakan dia dan aku takut kalau dia pergi tinggalkan aku. Sebelum pasti aku akan tengok gambar dia. 

Setiap apa yang aku lakukan, pasti aku akan terfikirkan dirinya. Segala-segalanya pasti akan ada dia. Aku dengan dia duduk jauh. Susah nak jumpa. Susah sangat. Kadang-kadang aku takut dia curang kat belakang aku. Tapi aku kena percayakan dia. Aku memang selalu percayakan dia. Setiap perhibung memerlukan kepercayaan. 

Banyak lagi aku nak post dalam entry ni. tapi kan mata aku dh ngantok. Jadi lebih baik aku todur dulu. Esok aku kerja malam lagi (sebenarnya aku tak suka sangat kerja malam, sebab time nk tutup tu aku kena kemas segala macam barang.) Tapi nak buat macam mana, dah kata kerja, nak tak nak buat je lah.

Sekian...

p/s : untuk capital F, saya suka kalau awk stalk FB, WeChat, dan Blog saya. Sebab dari situ saya tahu yang awk care pasal saya. AWAK, SAYA SAYANG AWAK! SAYA BERJANJI AKAN JAGA AWAK. ITU JANJI SAYA. 15/12/13, genap 4 bulan saya dengan awak.

"MY HEART FOR YOU, CAPITAL F"

Sunday, 15 December 2013

Kenangan yang terindah dalam hidup ku...

Assalamualaikum...

Bertemu kita kembali dalam blog aku yang tak seberapa ni. Entry kali aku nak cerita kenangan aku dengan dia. Dimana dia berjumpa dengan family aku.

Hari tu merupakan hari terakhir SPM (05/12/13). Jadi, hari tu Ibu cakap nak pergi Muar lps amil aku kat sekolah. Ibu cakap nak jumpa sedara ibu. Lepas paper MPAV tu aku cepat-cepat pergi balik asrama ambil segala macam beg yang ada. Dan terus gerak pergi Muar.

Lepas beberapa minit perjalanan, Ayah ajak sengah kat Parit Jawa untuk makan asam pedas. Asam pedas nya boleh lah tahan. Lepas makan ayah sambung perjalanan ke Muar. Lepas sampai di Muar ayah berhenti kat bus stand untuk menuggu Mak Ngah datang menjemput kami. 

Sesampai sahaja di rumah Mak Ngah, duduk-duduk sebentar dan makan rendang. Ayah tanya aku nak pergi mana lagi lepas ini, aku cakap ar yang aku nak pergi Tanjung. Tapi cuaca tak mengizinkan. Jadi aku pun ajak ar Ayah aku pergi WETEX.

Sebenarnya, aku nak jumpa dia. Sebelum pergi Muar hari tu, aku bagi tahu dia yang aku nak pergi Muar, Tapi dia cakap maybe dia tak dapat jumpa aku, sebab dia kena pergi hospital. Aku cakap tak apalah.

Masa kat rumah Mak Ngah, aku text dia, cakap yang aku dah sampai kat Muar. Lepas tu dia ajak jumpa kat Tangjung ( sebab tu aku nak g tangjung) tapi hujan lah pulak. Tapi dia cakap maybe dia nak pergi sekolah dulu. Aku cakap kalau ada masa kita jumpa lah.

Kebetulan ayah aku tanya aku, nak pergi mana, aku cakap ar yang aku nak pergi WETEX, aku pun cakap ar dengan dia yang aku kat WETEX. Dia cakap kat aku nanti dia datang WETEX. Lepas dia sampai kat WETEX, aku bawa dia jumpa family aku. Lepas tu aku dengan di pergi jalan-jalan kat sana.

Masa aku jalan-jalan dengan dia. Aku tanya dia nak pergi mana? Aku cakap yang aku ikut dia nak pergi mana. Lepas tu dia bawa aku tengok cinci. Dia tanya nak cinci tak? Aku tersenggih je. Kami pun pilih cinci. Aku pun pilih. Lepas tu kami buat bayaran.

Ya allah, masa tu aku rasa aku lah yang paling bahagia sekali kat dunia tu. Walau apa-apa pun, aku nak ucapakn terima kasih yang amat sangat kat dia. 

"Awak, thank ye sebab sudi temankan saya. Dan sudi pakai cinci tu. Awak, saya sanyang awak sangat.  Saya tak nak kehilangan awak. Awak, saya akan cuba untuk tak curang pada awak."

sekian...


Saturday, 7 December 2013

Hari terakhir di Sekolah...

Assalamualaikum...

Akhirnya, tamat sudah zaman persekolahan aku, Pada 05/12/13, jam 10.30 paper Aplikasi Elektrik & Elektronik berakhir dengan sorakan kebebasan. Bebas dari sekolah, bebas dari cikgu, bebas dari peraturan sekolah dan segala macam yang berkaitan dengan sekolah. Tapi ada suatu perkara yang pasti akan dirindui, iaitu kawan-kawan dan guru.

satu hari sebelum tamatnya sekolah, kawan-kawan telah mencampak aku kedalam kolam (kolam buatan, dekat korido aman 4). dia orang angkat  aku dari dorm aku bawa pergi aman 4. Ya allah, frist aku tak nak, tapi dh kena paksa bagi, nak tak nak, kena juga masuk dalam kolam itu. 

Petang tu, Ilham ajak kita orang pergi kait rambutan. Memang kelakar, orang banda masuk kampung. bayangkan Afnan dengan Khai boleh main baling-baling rangting kat pokok tu. Yang Ilham sibuk cari galah. Akhirnya, galah dijumpai, tapi semua cuba tak dapat. Tapi nasib baik Nazif, dia tu memang orang kampung lah. Dia sorang je yang pandai juga galah tu. Akhirnya banyak rambutan yang dikait. Lepas ambil rambutan, Cikgu Syhafikah belanja kita orang pisang goreng. Aku memang dah lama nak makan pisang goreng.

Malam tu sebelum habis paper, budak dorm lagi boleh party dalam dorm, dah lah pagi tu ada satu lagi paper. Mulanya aku dah tidur dulu, tapi Wan boleh kejut aku, Dah lah tu, lepas tu dia boleh main peluk-peluk aku, lepas tu memeka kat katil aku. Pagi tu, Fahmi boleh ambil getah paip lepas sembah kat muka Azizi. Berdekah aku ketawa pagi tu. Memang last day in hostel paling-paling meriah. Memang takkan aku lupa kenang ini semua.

Memang semua kenangan aku kat sekolah tu, takkan aku lupakan. Aku sentiasa merindui zaman persekolah aku. Sekarang ini pun, aku still rindu dengan kawan-kawan aku. Rindu nak gaduh dengan budak dorm aku.

Sekian...



Saturday, 30 November 2013

Gaduh...

Assalamualaikum...

Sekarang ini kat luar hujan, ni kalau tidur sedap ni. Tapi aku malaslah nak tidur. Aku nak tunggu dia, aku takut kalau dia text aku, time tu aku tidur.Aku tak nak di tertunggu-tunggu aku. 

Petang ini aku nak cerita tentang dia dan aku. Hari tu (28/11/13), aku gaduh dengan dia. Aku sebelum ini memang tak ada gaduh dengan dia. Hari tu, aku tunggu dia dari tengah hari sempai ke malam, dia tak text aku. Aku dah macam orang gila tunggu depan handset. Tapi dia tk text aku pun. sampaikan mak aku tegur aku, "kenapa abang? tak sihat ke?" aku cakap aku okey je. tapi sebenarnya aku tunggu dia.

Malam tu aku telefon dia, tapi dia tak angkat. Lepas tu dia hantar text,"awk, jangan call, saya kat office mak saya ini. Mak tengah meeting..". Jap, apa kena-mengena mak dia meeting dengan dia? aku pelik juga? takkan dia ikut join meeting tu sekali? entah lah kan aku pun tak tahu, Lepas tu dia call, dia kata, dia minta maaf sebab tak text aku, dia cakap dia, sibuk. Aku cakap dengan dia, kalau sibuk tak payah call.

Memang malam tu aku bergaduh dengan dia. Dia boleh cakap aku tak faham dia? Awak macam mana saya nak faham awak, kalau awak tak bagi tahu saya. kalau dia bagi tahu aku yang dia sibuk dari awal, aku boleh faham.

Tapi apa-apa pun, aku dengan dia dah okey. Memang dalam satu perhubungan mesti ada pergaduhan, sebab pergaduhan itu mampu membaiki perhubungan itu. 

"Awak, saya sayang awak, saya tak nak kehilangan awak. Saya nak awak selalu ada dekat dengan saya. Saya takut kehilangan awak."

sekian...

Wednesday, 27 November 2013

Janji ditunaikan...

Assalamualaikum... 

Aku rasa tiba-tiba nak tulis blog petang in. Maybe, sebab dia dah tunaikan janji dia kepada aku kut.

Cerita dia macam ini. Aku dah lama minta dia beli namber Digi. Tapi dia tak beli juga. Aku tunggu punya tunggu. Rupa-rupanya dia ini nak kena bagi tempoh baru nak beli. Jadinya aku bagi dia tempoh dari 27-30/11/13. Sebab apa aku bagi tempoh dalam tarikh tu sebabnya dia dah habis exam. Aku tk nak dia tertekan sebab aku. Aku faham, Matapelajar yg dia ambil tu susah nak skor. Jadi aku hormatlah dia. 

Allhamdullih, akhirnya dia tunaikan janji dia pada aku pun. Hari ini(27/11/13) dia telah membeli nombor digi tu. Aku rasa dia ini memang betul-betul cinta aku. Sebab dia sanggup buat benda yang remeh macam ini. Aku memang tak sangka. Aku rasa aku orang paling bahagia hari ini.

Okey lah, cukup lah sampai sini, ingat malam ini nak telefon dia, itu pun kalau dia tak sibuk.

"Saya tahu awak selalu baca blog saya, apa-apa pun saya nak ucupkan terima kasih sebab awak sudi baca blog saya yang tak seberapa ini. Awak, saya sayang awak. saya cintakan awak. My heart just for you my capital F"

sekian...

Tuesday, 26 November 2013

Hadiah untuk dia

Assalamualaikum...

Rindunya dengan blog aku. Dah lama aku tak update. Biasalah sibuk dengan SPM lah kata nya. sebenarnya aku nak cerita sesuatu kat kauorang.

Aku memang dah lama niat nak pergi Muar. yelah dia kan duduk kat Muar. Jadi hari tu 20/11/13 aku telah pergi ke Muar. Di sana aku duduk rumah Yasmin. Rumah Yasmin ni terletak di kawasan Istana Tanjung. So, kebetulan hari tu Hari Keputraan Sultan Johor. Jadinya memang banyak polis yang berada di sekitar istana.

Aku bagi tahu dia yang aku dah sampai kat Muar. Dia cakap, Kalau ada rezeki kita jumpa ye. Aku jawap lah ye lah awak. Jadi sudah berapa kali kita orang nak jumpa, Tapi asik ada halangan sahaja. Aku banyak bersabar dan aku berdoa agar aku dan dia di pertemukan. Aku beusaha sedaya upaya untuk berjumpa dengan dia,

Akhirnya, aku dan di dipertemukan. Hari sabtu (23/11/13) , aku telah pergi ke rumah dia, Pada mulanya, aku tak ada niat nk buat kejutan kat dia. Kebetulan dia ada kasi aku alamat umah dia. Jadi aku pun mintalah tolong kakak Ina bawa aku pergi rumah dia. Cari punya cari, jumpalah rumah dia. Pada mulanya aku takut salah rumah, ialah aku sebelum ini tak pernah pergi rumah dia. Aku cuba telefon dia, banyak kali aku call dia. Tapi dia tak angkat telefon aku. Aku pun bagi je lah salam kat rumah dia, Tapi macam tak ada orang. Aku pun masuk dalam dan ketuk pintu, Dua kali ketuk dan bagi salam, barulah dedaun pintu terbuka. Aku tak sangka yang buka pintu itu ialah dia. Masa dia buka pintu tu, muka dia nampak sangat terkejut dengan kehadiran aku.(maklumlah baru pertama kali kita orang jumpa). Dia cakap dengan aku,"Kenapa nak datang tak bagi tahu?" "Bukan saya tak nak bagi tahu, tapi cuba awak tengok telefon awak?" dia hanya tesenyum je bila tengok fon, dy cakap yg telefon dia silent mood.

Masa aku pergi rumah dia, dia hanya tersengih malu. Yelah orang yang tersayang datang buat kejutan. Di memang tak boleh berkata-kata lagi. Yang dia tahu hanya tersenyum sahaja. Tapi aku jumpa dia tk lama, sekejap je. Tapi pertemuan yang sekejep tu lah sangat bermakna bagi saya.

"Awak, pertemuan kita di Muar merupakan hadiah dari saya untuk awak. Saya harap yang awak setia dengan saya. Sebab saya tak pernah sanggup lakukan semua ini. Saya lakukan semua ini hanya untuk awak. Saya harap hubungan kita kekal selama-lamanya."

Okey lah, aku nak stop dulu ini. Nanti kalau ada masa aku update lagi.

"My heart just for you, My Capital F"

sekian...

Sunday, 10 November 2013

Bahagianya....

Assalamualaikum...

Selamat pagi. So macam biasalah aku kalau hari minggu lps tu blk kampung, memang bangun je terus aku menghadap notebook aku ini. Hihihi. yes aku memang belum basuh muka lagi ini. Jap lagi terus je mandi.

Now pagi-pagi dah dapat mesej dari dia. Yes, bangun-bungun tengok handphone ada 1 mesej. Dia send dan berkata yang dia berterima kasih sebab setia dengan dia. Happynya aku rasa. aku tak pernah macam ini sebelum ini. Dialah org pertama yang telah berjaya membuat aku tersenyum sorang-sorang sepanjang masa. aku akan sentiasa terfikir pasal di. Dia tengah buat apa? Dia dengan siapa? and i will be think all about my capital F. Yes, aku dah bertambah gila, gila dengan dia.

Capital F, awak lain dgn ex saya. Awak telah buat saya terlalu mencintai diri awak. Awak juga membuat saya sentiasa ingat akan awak. Aku rasa cukup bahagia dengan nya. Akan ku jaga hubungan aku dengan untuk selama-lamanya.

"You always in my mind..."

Sekian...

Saturday, 9 November 2013

Capital F

Assalamualaikum...

Aduh... bahagianya aku dengan dia. Di sebabkan dia, aku tersenyum sorang-sorang kat Tesco tadi. Aku rasa mesti orang akan cakap aku ini gila (maybe ?) mulut orangkan, siapa yang tahu kan.


aku send dia text ni :


Aku : awk, ada orang nak kenal dengan awak ek?(aku ini ada FB acc dia)


Capital F : Yup, jgn risau lah saya tak layan dia sangat pun. Kenapa jeles ke?

Aku : Hihihihi... jeles? Hemmm... sikit kut... hihihi...


Capital F : Hmm. . Sikit je ke? Tak sayang kat saya lah tu. . 

Aku : Alah... sebab sayang lah saya jeles... :(


Capital F : Haha. . Yelah awak. . Gurau je. .

Aku : Hihihi... ye lah awak... Saya tahu... saja nak kenakan awak...


Capital F : Hahaha. . LOL. . budak yang nak kenal dengan saya tu form berapa? Saya tak 
sempat    tengok profiile dia. . 

Aku : awak, Umur dia 19 tahun lah...


Capital F : Amboi. . Tuanya. . Hmm. . Biasalah orang macam ini memang ramai peminat. . Haha

Aku : Jangan  nak perasan sangat ye... :P


Capital F : Hahaha. . Jangan jeles ye. .

Aku : Tak ada masa nak jeles dengan awak... :P


Capital F : Hahaha. . Yelah awak. .

sebahagian dari mesej aku dengan dia. malam ini dia buat aku tesenyum sorang-sorang. Dia cakap lagi kalau orang tengah bercinta memang macam tu, sengeh sorang-sorang. Aku ye kan aja lah. Apa-apa pun malam ini aku happy sangat dengan dia. Aku nak ucapkan ribuan Terima Kasih kat dia sebab dia setia dengan aku. 

"AWAK, SAYA JANJI YANG SAYA JUGA AKAN CUBA UNTUK SETIA DENGAN AWAK. ITU JANJI SAYA! HANYA AWAK DALAM HATI SAYA, CAPITAL F"

see, sekarang ini aku tengah gila bayang dengan dia. Aku hope sangat yang aku dapt jumpa 
dia. Aku rindu kat dia, Okey lah aku nak undurkan diri. Hari ini aku update blog 2 kali (Terlalu gembira pun pasal) hahaha.... Nanti aku update lagi k..

Sekian...

SPM! SPM! SPM!

Assalamualaikum...

Bulan ni ialah bulan SPM. Pejam celik pejam celik rupanya aku dah kena ambil SPM. Subjek yang aku ambil cuma 8 mata pelajaran sahaja. 6 subjek teras dan 2 matapelajaran bengkel. Aku ini aliran vokay je.

Paper pertama aku ambil ialah Bahasa Melayu iaitu pada 6/11/13. Dan hari itu juga merupakan hari pertama aku aku melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Angka Giliran aku ialah JK802A082. Aku ditempatkan di pusat kedua. Apa yang best tetang pusat nombor dua ini ialah sejuk. Sabab apa aku cakap sejuk, sabab pusat itu merupakan kelas, jadi memang banyak kipas kan... hihihihi. kalau Pusat yang pertama, kena ambil kat Dewan Besar. Jadi faham-faham je lah kan, kat dewan macam mana keadaannya kalau tengah hari, kekadang tak perlu tunggu tengah hari dalam pukul 9 atau 10 dah panas. Tapi kan time kita orang start exam cuaca seakan memaham kita orang. Cuaca hari itu sungguh mendung, aku pun dapatlah aku jawap dengan tenang-tenangnya.

Hari kedua ialah sebjek yang aku lemah sikit iaitu Bahasa Inggeris. Paper I itu aku berserah sahaja kepada Allah. Paper BI aku just target B je tapi kalau boleh biarlah dapat A- pun jadi lah. hihihihihi...
Hari ini aku balik rumah pun sebab nak kasi bahan sejarah kat kawan. Aku just tinggal lagi 6 paper je lagi. Lepas tu tamat alam persekolah aku. Sebenarnya sebelum nk ambil exam aku asik teringat kembali masa mula-mula aku masuk tadika lepas tu sekolah rendah lepas UPSR je masuk alam sekolah menegah bawah, lepas je PMR aku terus duduk jauh sikit dengan family aku. Selama 2 tahun berada di menegah atas, dan sekarang sudah tiba waktunya aku menentukan sama ada aku boleh menang atau tidak peperangan ini, iaitu SPM.


ok lah, mak aku nak ajak keluar jap. Dia cakap nak beli barang sikit. Tapi apa yang penting malam ni aku kena study sejarah. Sebab paper seterusnya ialah SEJARAH pada 13/11/13. Nanti doakan kerjayaan aku k..


Opss, terlupa nak cakap THANKS CAPITAL F SEBAB SUDI BACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI. MY HEART JUST FOR U, CAPITAL F. AND I LOVE U SO MUCH. #TAKENOTE

Sekian, 

Tuesday, 15 October 2013

2 bulan bersama...

Assalamualaikum...

Pagi ini merupakan pagi hari raya haji... dan hari ini juga merupakan genap 2 bulan aku bersamanya. Aku harap sangat yang aku akan bersamanya lebih lama lagi... Ada lagi 10 bulan untuk aku menjaga hubungan ini. Aku hope yang aku bersamanya setahun akan datang...

Pagi ini hari raya.. Petang aku dah kena balik asrama... Tahun ini raya haji tak best sangat... petang dah kena balik asrama... 

ok lah, aku dh nak gerak balik larkin ini... nanti lagi 2 minggu aku update blog aku lagi k...

"Awak, saya akan menjaga awak selama-lamanya.Awak ingat itu, selama-lamanya!!!!"

MY HEART JUST FOR CAPITAL F

sekian....

Monday, 14 October 2013

Sakit ini....

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi aku dah menulis blog. Dengan belum gosok gigi, cuci muka terus menghadap notebook. Sebenarnya memang dari semalam aku nak menulis blog aku ni, tapi malam semalam aku deman. Jadi memang tak mood nak menulis.

Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal aku punya sakit. Aku ini time malam je deman. Ayah aku cakap tu memang dah tanda-tanda TB. Aku diamkan saja. Malas nak ambil pusing. Ia lah orang tengah sakit, mana nak fikir sangat. 

Aku risau sangat dengan sakit aku, aku hope sangat yang aku ini tak ada apa-apa. Mak aku cakap kalaulah abang masuk hospital macam mana? Aku cakap entahlah ibu.Abang pun tak tahu macam mana? Mak aku cakap lagi, nanti ibu Hantar Apis jaga abang ye. Aku jawab baik lah ibu..

Mak aku siap nak tukarkan aku sekolah lagi.Tapi tak boleh, sebab lagi berapa hari je aku dah nak SPM.Jadi nak atau tak aku kena juga sekolah kat Batu Pahat sampai aku habis SPM. Aku sebenarnya risau dengan sakit aku, risau dengan SPM, risau dengan dormate aku lah. Yealh kalau dia orang tahu nanti dia orang tak nak duduk dengan aku. Dormate aku yang tahu pun 2 orang je. Salah sorang tu dapat tahu dari mana pun aku tahu. Tapi yang sorang tu aku yang bagi tahu. Sekarang ni yang tahu just kawan-kawan yang aku rapat je. Setiap hari dia orang tanya khabar aku. Aku rasa terharu sangat, sebab ada orang care dengan aku. Walauapapun kau oranglah kawan aku.

Jam dah pukul 8:47 pagi. baik aku berhenti dulu. Cukup sampai disini dulu. Nanti aku update lagi blog aku yang tak seberapa ni. 

(Terima kasih sebab sudi baca blog aku)
Sekian....

Saturday, 12 October 2013

Ini semua ujian-Nya

Assalamualaikum...

Lagi berapa hari kita akan menyambut Hari Raya Haji... Begitu juga dengan SPM yang semakin hari semakin hampir... Rasanya masa berjalan dengan begitu pantas, pejam celik pejam celik dah pertrngahaan bulan 10...

Aku nk cerita apa yang berlaku selama 2 minggu di asrama.......

Pada 6/10/13, kami dijumput untuk menghadiri Majlis Konvokenseyen UTHM ke 13... pada hari tu aku rasa sangat bertuah sekali, ye lah dapat tengok abang-abang & kakak-kakak naik pentas dan mendapat segulung Ijazah, Diploma dan sebagainya. Aku teringin untuk naik ke atas pentas sebegitu. Majlis hari sungguh meriah sekali. Aku berdoa agar aku akan berjaya suatu hari nanti...

Sekarang aku nak beralih kepada cerita seterusnya...

Sejak akhir-akhir ni, aq rasa kurang sihat. Kekadang rasa macam nak deman. Mula-mula aku diamkan juga, ingat biasa-biasa je. Tapi 8/10, aku rasa lain sangat dengan badan aku ini. Aku tak tahu kenapa. Time tu aku rasa nak buang kahak, aku pun keluar kelas nak buang kat longkang, lepas aku buang kahak, aku terkejut.Terkejut sebab kat kahak aku tu ada darah sekali... Memang kekadang kahak aku berdarah, tapi kali ni lain, terlalu bayak yang keluar. Lepas dari, kahak aq asik mengeluarkan darah saja, makin lama makin teruk.Masa tu ada cikgu nampak aku sedang buang kahak.

Cikgu tanya "Kenapa Dayat?awak tak sihat ke?" "A'ah cikgu, tak berapa sihat.Kahak saya berdarah." "owh, nanti petang pergi klinik ye." "baiklah cikgu" aku jawab dengan sopan. 

Tapi memang niat aku petang nak pergi klinik.

Lepas makan aku terus naik dorm ambil I/C, kad rawatan aku. Sampai je klinik aku terus daftar, lepas tunggu untuk berjumpa dengan doktor. Selang bebeapa minit, aku dipanggil untuk masuk ke dalam bilik doktor. 

Doktor pun tanya,
"Sakit apa?"
"Kahak saya mengeluarkan kahak."
"owh, awak ada batuk? atau ada fimily or kawan-kawan awak yang ada sakit TB?"
"Family saya ada, Ayah saya. Tapi dia dah baik. Dh berhenti ambil ubat kat klinik."
"owh, ok. Awak ambil borang ni, lepas tu pergi makmal. Kita buat sedikit ujian pada awak."
"Baik doktor."

Aku pun keluar dari bilik doktor dan terus pergi ke makmal. Kat situ makmal, Jurumakmal kasi aku bekas, dia kata buang kahak dalam bekas ini. Jangan buang dalam kilinik atau dalam tandas, buang di kawasan parkin kereta. Aku keluar dari klinik dan terus buang kahak aku dalam bekas tu. Kahak aku masih berdarah lagi.Kemuadian dia kat pergi buat X-RAY. Aku pun buat X-RAY, kemudian kena pergi klinik dada pulak.Kat sana aku di beri suntikan,dia kat 11/10 datang untuk diukur.

Lepas dari hari tu, aku asik ulang-alik klinik.4 hari berturut-turut aku kena pergi klinik... Hari jumaat, aku pergi untu mendapatkan keputusan. Dari klinik dada, dy ukur tempat yang dia suntik tu, Lepas tu dia kata pergi ambil filem X-RAY. Lepas ambil filem X-RAY, aku pergi mendafta kat depan dan terus jumpa doktor,Tapi kali ini doktor lain yang rawat kau( biasa lah kerajaan) . aku pun masuk.
"Ye, awk kenapa?"
aku serahkan filem X-RAY kat doktor tu.Dia tanya soalan yang sama (soalan time aku mula-mual jumapa doktor).dia tanya aku simpel darah mana? Aku jawab mana ada saya ambil darah. Lepas tu dia boleh tanya, nak buat lagi sekali ke? time tu aku terpinga-pinga. Doktor kata, hari ni(Jumaat) ambil darah, lepas tu boleh balik, nanti datang 21/10 untuk ambil keputusan darah. Buat masa ni awak jangan kongsi apa-apa, terutama makanan dan minuman. Aku cakap baik doktor.

So, sampai sekarang aku belum tahu sama ada aku ni ada TB atau tak. Sesungguhnya nk tunggu keputusan darah aku sungguh menyeksakan dari ni. Aku risau sangat dengan keadaan diri aku. Aku harap sangat, janganlah ada apa-apa berlaku keatas aku.

Sekian....

Saturday, 28 September 2013

Bersyukur Kepada Allah..

Assalamualaikum...

Bertemu kembali, lepas 2 minggu aku berada di asrama. Trail SPM baru sahja berakhir dan keputusannya sudah dapat, alhamdulillah aku mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan kali. Sungguhku tak sangka, yang keputusan aku mendapat tempat ke dua dalam Kolej.

Hari jumaat yang lepas merupakan Hari Saranan Ibu Bapa (lebih kurang macam hari terbuka lah). Hari itu juga merupakan Hari Garduasi. Aku telah dapat naik ke pentas bagi mengambil anugerah Pelajar Terbaik Kelas dan Keseluruhan. Hari itu, aku di sarungkan jubah. Ibarat seperti aku hendak mengambil Ijazah lah pulak kan. hihihih. Sebenarnya memang sudah lama aku ingin memakai jubah tu, tapi tak sangka bahawa aku dapat juga memakainya.

Pada hari tu aku berharap yang keluarga turut datang untuk melihat aku di atas pentas. Tapi.... keluarga aku tidak dapat hadir, Ayah ku kerja. Nasib baik Ucu ada. Dia lah yang datang untuk ambil result aku. Keputusan ini ialah hadiah untuk hari jadi ayah aku. Apa-apa pun aku gembira sangat, sabab dapat result yang bagus...
Pak Cik aq yang datang... Ucu

 Hafizulamin & Zakri
 My BFF, Rafiq

 Menunggu Majlis bermula.

 Hafizulamin...

Aminuddin...

Doakan semoga SPM aku mendapat lebih baik dari trial ni.. amin..
Sekian...

Friday, 20 September 2013

Keputusan selepas ini...

Assalamualaikum..

Peperiksaan Perubaan baru je lepas.... sekarang ini cikgu-cikgu sedang sibuk menanda kertas soalan... bagi pelajar pula, sedang berdebar-debar menanti keputusan ini... 

Bagi aku keputusan trial ni sangat-sangat penting.... Sabab aku akan mengunakan result ini, untuk memohon Para-Diploma di UTHM... aku nak sangat sambung belajar di sana... Aku sudah nampak jalan mana yang harus ku pilih... Jalan yang akan membawa aku untuk mencapai cita-cita aku... Cita-cita yang yang impikan selama ni... iaitu menjadi seorang pendidik... Pendidik yang akan mendidik anak bangsa....Cita-cita aku dari kecil lagi... 

Selepas aku menamatkan pra-diploma aku di UTHM, aku akan sambung Diploma di sana... selepas sahaja aku menamatkan diploma... aku akan menyambung Ijazah di Maktab... Maktab kalau bolah, aku nak mohon Maktab Perguruan Teknik.... Sebab aku ingin menjadi seorang guru Elektronik.... 

Aku berharap agar aku dapat mengejar cita-cita aku... impian aku... IMPIAN INGIN MENJADI SEORANG PENDIDIK....

Sekian....

Sunday, 15 September 2013

Just For You...

Assalamualaikum...

Serius rindu gila nak update blog... Dah hampir 5 bulan juga tak update... Sebenarnya dari sehari ke sehari nak update... Tapi aku sibuk sangat... nk ambil SPM tahun ni...

ok, sebenarnya aku nk cerita something yang berlaku dalam hidup aku. This is about my love...
Cinta di hati ini datang kembali... Pada mula hanya seorang, tapi mengapa saat aku meyulam rasa cinta, hadirnya orang ketiga? aku cuba mengelak, tapi dia seakan memberi satu harapan. Harapan yang sangat sukur untuk aku, iaitu berharap agar aku merima cintanya. Pada saat itu, satu keputusan yang amat sukur untuk dilakukan. Memang benar dahulu aku penah meyatakan cinta ku pada dia.Tapi dia berkata kepada ku bahawa dia tidak mahu bercinta, alasannya, tahun ini kita SPM. Setelah kejadiaan tu, hati ku seakan sudah tertutup untuk mencintai diri mu. Sebab itu juga aku membawa hati ku yang lara pergi. Pergi jauh dari mu. Tetapi pintu hatiku di ketuk oleh seseorang. Seseorang yang memberiku harapan, harapan yang pasti .Seseoang yang faham akan sikap ku, selalu menjaga hatiku, selalu ambil berat tentang ku, Namun... mengapa saat aku sedang bahagia... kau datang? Kau datang utuk menyatakan yang kau sayang terhadapku? Mengapa? Aku rasakan sudah cukup peluang yang aku beri untuk kau... Aku harap agar kau jangan ganggu hidup aku...Aku hanya ingin bersama seorang yang amat ku sayang... yang amat ku cinta... I hope that you do not disturb my life again... 

my heart jut for capital F....
Sekian...

Thursday, 6 June 2013

Cinta tu kejam?

assalamualaikum =)

4/4/2013 ...
Tarikh tu menjadi saksi, bagi kita berdua... tarikh tu juga , permulaan jalan cerita cinta kita...
Aku dengan dia sudah lama berkenalan...  permulaan perkenalan kami ialah FACEBOOK... di laman sosial tu lah saksi perkenalan kami...
Sekian lama berkenalan... aku rasa sayang terhadap dia... tapi aku tidak boleh menyatakan perasaan aku kepada dia... Kerana dia sudah berpunya....
Tapi, berkat kesabaran aku...akhirnya... aku dpt juga dgn dirinya...


4/6/2013
Aku ada menghantar mesej kepada nya...

"Awak ingat tak hari ini, hari apa?"

"Ingat... Hari 2 bulan kita kapel"

"Hihihi... Ingat pun... Ingatkan awk tak ingat..."

"Ingat... awak... saya nak jadikan awak BFF saya je boleh tak?"

"Boleh awk.. boleh sangat.. tapi kenapa?"

"Abang saya suruh saya belajar dulu jangan nak mengatal dulu... lagipun sejak kita kapel, keputusan saya merosot sgt... Mula hari ini kita jadi BFF je k...?"

"Baik awak cakap yanag awak nk minta putus, kan senang.."

"Yup... saya nak jadikan awak BFF saya... Susah lah awak... Abang saya suruh belajar dulu.. nanti dah habis belajar nk kapel.. kapel lah.. saya harap awak faham.. tu kehendak saya.."

"Hemmmmm... sy faham sangat awak... thank sebab sudi singgah dalam hati saya ye..."

Kenapa mesti 2 bulan... kenapa dia tak minta putus dari awal lagi? kenapa? 
Awak... lepas dari hari tu... keadaan saya ni dh macam org tak betul... 
Kenapa begitu senang tuk awak minta putus... awak pergi begitu saja... awak tahu tak hati saya... hati saya ni terluka disebabkan awak... sampaikan BFF saya cakap saya ni macam orang tak betul... saya sedih awak... saya sedih...

Awak nk tahu tak... sebenarnya saya dah rasa akan ada suatu yang tak kena... tapi saya tak tahu apa...
sehinggakan hari tu baru saya tahu... yang awak kan pergi meninggalkan saya... tapi tak apa lah awak..
saya redah... nak buat mcm mana orang macam saya ini siapa lah yang nak...

ok lah... cukup lah sampai di sini sahaja....
nanti Yat akan update lagi ye...

OKEY BYE.... =)

Friday, 31 May 2013

Hati Ini =)

ASSALAMUALAIKUM =)


I'm back.. setelah lama dayat tak update... rindu pulak kat blog dayat ni....
ok lah .. kita tutup cerita pasal rindu-rindu segala bagai...


sejak akhir-II ni yat rasa ex yat cuba untuk medekatkan kembali diri dia dgn yat....
mana tak nya... 
dh lama dia tk msj yat... tiba-II dia msj yat.. 
terkejut juga hati ni... dalam hati yat dh fikir,
"kenapa lah dia text ?" "apa motif dia?" 
antara pertanyaan dlm yg bermain di minda...
tapi kan.... yat tahu yg dia tu nk yat kembali.... 
tapi hati yat ni terluka sebab dia... 
sebab dia ynag buang yat macam sampah... 
lepas tu dia nak yat kembali.... 


yat selalu dgr cerita dr kawan dia, yang dia selalu cerita pasal yat... 
dia ckp dia rindu kat yat... dia juga still sempan barang yang yat bagi kat dia....
 lps tu, kawan dia ckp yang dia sempan dlm kotak miyak wangi...
 betul ke? kalau betul bagus lah... 


bayak juga cerita yang yat dengar tentang dia... 
ada orang cakap yang dia dh putus dengan bf dia, betul ke? 
bf dia tu kawan yat, sanggup kawan makan kawan... sedih sungguh hati ni...


yat ingat lagi time seminggu lps kita berdua putus.... 
time tu balik kampung... kita org duduk JB... so kira blk JB satu bas lah kan... 

masa tu kawan yat ni duduk dengan kawan dia... lps tu dia blh halau kawan dia tu... 
ex yat ni pun duduk lah sebelah bf dia... 

(masa tu yat tak tahu lagi yang dia org tu dah couple...
so yat pun tak lah fikir negetiv lah... sabab yat ni suka think positif lah.... 


masa dalam bas tu, yat baru bangun dari tidur... 
bayangkan org yang pernah kita sayang boleh bermanja-manja pulak dengan kawan kita sendiri...
walhal kita orang baru je putus... masa tu yat duduk sebaris dgn dia org... 
so memang boleh nampak dengan jelas lah... 
masa tu bertapa sakit hati dan sakit mata... 
memang masa tu yat sabar je lah... 


macam tu lah cerita nya... 
sedih tak terkata... hanya ALLAH je lah yang tahu...
sakang ni yat nk yat balik mcm tu je... 
dia ingat yat ni apa? anak patungg yang talk ada perasaan ke? 
yat ni ada perasaan lah... 


sekarang ni yat dh ada org lain dalam hati yat... 
kalau dia nak yat balik.. tunggu yat dh putus... 
sudah cukup dulu masa yat bagi kat dia... kenapa lah dia tak guna kan peluang tu...
- S . N . F -

INGAT PELUANG KEDUA, 
TAK SEINDAH SEPERTI PELUANG PERTAMA 
INAGT TU.... =)


ok lah... cukup lah sampai di sini je... 
nanti yat update lagi...
banyak lagi cerita yang terbuku di dalam hati ni...


OKEY BYE.... =)

Saturday, 23 March 2013

3 Minggu tak balik umah....


ASSALAMUALAIKUM =)



I'm back ....
 selama 3 minggu berada di KOLEJ membuat ku rindu akan harta benda di dalm rumah ku ni....
 terutamanya my mom.... 
i miss she so much.... 


ok kita stop about it... 
sekarang ini aku nak cerita segala yang telah berlaku selama aku berada di KOLEJ selama 3 minggu....


Pada 6 mac ... 

Telah diadakan kejohanan merentas desa...
aku telah ditugaskan untuk menjadi QM...
sepanjang majlis tu tidak ada apa yg berlaku....


Tapi pada akhir majlis... 
ada lah sorang budak ni...
dia kata kaki dia ditendang... (aq pun tak tahu betul ke tak?)
lps tu dia ni dh tak blh bangun dh ni... 
aku panggil cikgu, cikgu ckp d pejabat ambil brongan g hospital...
aku dgn sepantas kilat pun pergi berlari untuk ambil brongan tersebut...
lepas tu aku pun ambil pen tulis no I/C dia...
cikgu telefon cik IS suruh hantar kami ke hospital...


setiba nya di hospital aku pun bawa dia ni g wed kecemasan...
tahu tak berapa lama aku tunggu dia siap? 
bayangkan dari pukul 4.30ptg - 8 mlm...
lama kau tahu tak... petang tu aku just mkn roti je.... puas pulak? 
bila dah masuk bilik doktor dia ckp ar yg kaki dia tu ada masuk besi lah.... 
kaki dia penah patah lah... ( aq pun tak tahu betul ke tak? ) 
DR. ckp pergi X-ray
Lepas je x-ray DR. ckp tak ada benda pun... 
kaki dia baik je... cuma  terseliur sekit je...
tapi nasib baik cikgu shah baik hati... 
dia belanja kita org mkn nasi goreng dgn telur...
sedap lah juga... k kita tutup kisah pasal hospital....


Pada 15 dan 16 mac ....

KOLEJ aku mengajurkan kem di Akademi Kaizen.... 
seramai 77 org telah menyertai kem tersebuat... 
tapi meriah gila kem tu... 
aku rasa macam nak pergi lagi je....
 rindu sangat dengan suasana kat gunung Pulai...


pintu masuk kem kaizen.....


ok lah... cuma samapai kat sini je... nnti aku cerita kan lagi apa yg belaku kat KOLej tu....


OKEY, BYE =)

Saturday, 2 March 2013

Ragam Dak-II kat KOLEJ...


ASSALAMUALAIKUM =)



Jumpa lagi... di waktu petang yg indah...
Time mcm kalau ada air teh panas dgn kuih-kuih .... per... sedap gila....


Ok kita lupa kan dulu cerita pasal teh segala ni...
Aku nak sambung cerita aku...
Kat KOLEJ aku ni ada mcm-II ragam... (biasa lah manusia kan...)
Ada yang gila kuasa... 
Ada yang bajet HOT... 
Ada yang belagak hensem lah cantik lah...
Ok aku nk cerita sorang budak ni... dia ni suka bergurau tak kena tempat, tak kena masa dan yg tak kena yg lain lah... time kita org serius di main-II.. 
but bila kita bergurau senda di pulak yg serius? mcm mana tu? 
aku pun tak faham dengan dia tu....
yang lagi sorang pulak... 
bajet HENSEM , bajet HOT dan segala macam lagi.... 
dia ini satu KOLEJ kenal dia... 
sebut je nama dia... semua org kena... dr student sampai kan lecturer pun kenal dengan dia.... senang kata seluruh kawasan KOLEJ kena dia...
ok.. kita sambung dengan kisah yang lain pulak...
 dia ni muka kalau jumpa dak SEM 1/JUNIOR muka mesti nk BENGIS je memajang... 
cuba lah senyum sikit... 
kau tahu tak orang hormat kat kau sebab apa? 
sebab dia orang takut kat kau.. bukan respect kau... 
kita pergi ke kisah yang lain pulak... 
semua dak SEM 1/ JUNIOR semua dia punya adik angkat.... 
aku pun tak faham dengan dia ni... 
lps tu siap bergaduh lagi... tahu tak sebab apa? 
sebab berebut kan adik angkat punya pasal...
 budak tu tak ada apa-II dia pulak yang lebih-II...
k lah ... cukup lah sampai di sini sahaja.. nanti aku sambung lagi... 
BYE ...

FIRST in the year....


assalamualaikum =)




pejam-celik-pejam-celik dh sudah  2 bulan penuh aku belajar di sk0lh...
tahun ni merupakan tahun yg sgt penting ( penting ke? ) penting lah juga...
sbb tahun ini aku akan menghadapi SPM 2013....
ni bermakna tinggal lagi setahun je aku akan menamatkan zaman persekolah...
rasa seronok pun ada, rasa sedih pun ada....



ok kita tutup cerita pasal SPM 2013..
skg ni aku nak cerita pasal ragam dak-II KOLEJ atau dak sem 1...
tahu ramai juga yang masuk.. bayangkan 2 blok penuh...
tapi kan dia org ni study kat KOLEJ tu 4 thn... 
nnti bila dh abis belajar dia dpt Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
dak-II tu ramai juga yang bajet BAGUS atau dak-II form 5 paggil MANTUL...
memang tak dinafikan lagi...
baru masuk dh tunjuk belang...
aku dulu baru masuk ikut je apa yg dak-II senior suruh...
but thn ni... mcm terbalik pulak...


Apa yang penting... aku tak masuk campur hal dio org.. klu dak-II form 5 nk wt "rocall" aku tak nak terlibat...



kekadang aku kesian juga kat dak-II ni... tapi kita tak leh buat apa... sbb aku tak ada kuasa, kuasa aku cuma kat koperasi je.... yg ada kuasa kat hostel cuma MPP je.... prefect pulak cuma kat sk0lh  KOLEJ je.... 


ok lah... cuma samapai kat sini je... nnti aku cerita kan lagi apa yg belaku kat KOLej tu....


OKEY, BYE =)