Friday, 26 December 2014

Someone

Assalamualaikum..

Kepenatan membawa adik aku jalan-jalan tadi. Bawa dia tengok wayang, bawa pergi makan. Bukan selalu aku speed time dengan dia. Ialah aku kan belajar jauh, Kadang-kadang je balik JB. Malam ini aku nak cerita tentang someone yang hadir dalam hidup aku.

Aku baru je kenal dia. Beberapa hari lepas. Tapi kan aku dapat rasakan satu perasaan yang aneh dengan dia. Perasaan yang pernah hadir dulu dan kiri ia hadir kembali. Ye aku tahu aku dah jatuh hati dengan dia. Aku tahu aku tak boleh tipu hati aku ini.

Serius aku cakap sekarang ini aku rindu gila dengan dia. Yup rindu yang teramat sangat. Setiap masa aku fikirkan dia. Setiap masa aku terbayangkan dia. Semua tentang dia. Aku mesej, aku Whatsapp, aku Wechat, semua dia tak balas. Yup sekarang ni aku rindu gila dengan dia.

Aku harap sangat dia reply semua text aku.

Sekian..

Tuesday, 23 December 2014

Ke KVBP ke kita?

Asssalamualaikum

Balik bercuti selama seminggu ni sungguh membahagiakan. Ialah siapa yang tak nak cuti, dengan cuti ini dapat lah aku rehatkan diri aku yg selalu keletihan. Semalam aku pergi Batu Pahat (BP). Ialah sejak aku dah menamatkan pengajian aku di Kolej Vokasional Batu Pahat.

Sebanarnya aku nk ke BP pun tak rancang. Khai yang call dalam pukul 8 pagi. Dia tanya aku nak ikut tak pergi BP. Aku pun ikut je lah. Tujuan kita orang pergi BP ialah nak ambil sijil SPM 2013. Dari hari tu aku nak pergi BP tapi tu lah, masa tak mingizinkan.

Semalam dalam perjalanan ke BP macam-macam terjadi. Dengan moto khai yang rosak tepi jalan. Kalau jalan kampung tak apa lagi. Ini Highway. Kau orang bayangakan lah. Moto nya rosak lagi 5 KM je nak sampai Mahcap. Tapi allhamdullih Wan ada. Dia datang untuk tolak moto Khai ke Mahcap. Ingatkan moto Khai habis minyak. Tapi tak juga. Kemudian kita orang pun pergi Ayer Hitam. Sampai Ayer Hitam je telefon Azim. 

Sudahnya moto Khai masuk bengkel. Terebang RM 110. Sementara tu tunggu Hasif sampai Ayer Hitam. Lepas tu, baru kita orang bergerak ke KVBP. Sampai je KVBP, pelbagai kenangan kembila. Suka dan Duka aku di KVBP selama 2 tahun. Macam berlaku dalam hidup aku di situ. Di KVBP aku mula berdikari, tinggal jauh dengan ibu bapa. Pelbagai dugaan aku tempuh sebelum aku menjejakan kaki ke Politeknik Merlimau.

Lepas je ambil sijil, ingat nak ke asrama. Tapi sayang, pak gurad tidak beri kami masuk ke kawasan asrama. Dalam perjalan keluar dari asrama tu, aku pun jatuh moto. Hihihi. Sebanarnya mak aku dah pesan jangan bawa moto. Tapi tu lah degil, aku pergi bawa juga moto kawan aku. Tak dengar cakap ibu, ambil kau kan dah kena TULAH. Tapi allahmdullih lukanya tak teruk. Just tapak tangan je luka sikit.

Tapi satu je aku nak cakap, naik moto dari JB sampai ke BP sakit belakang aku. Macam mana lah naik naik moto balik Melaka ni. Walaubagaimanapun aku happy gila semalam, dapat jumpa kawan-kawan lama. Dapat speed time dengan mereka. Entah kapan aku bisa ketemu sama kalian lagi.

Sekian...

p/s : Semalam banyak kali lalu UTHM, dan aku harap sangat aku dapat jumpa dia. Tapi aku tahu semua itu hanya mimpi.

Monday, 8 December 2014

Sem Baru. .

. .Assalamualaikum. .

Berhabuk betul blog aku ni. . Maklumlah sekarang ni sedang sibuk sikit. . Tu yang tak sempat nak kemas blog aku ni. . HiHiHi. .

Allhamdullih result sem lepas aku mendapat yang terbaik, walaupun tak dapat apa yng di target at least aku boleh banggakan parents dengan result tu. . Insyallah untuk sem ni aku nak dapat apa yang di target. . Insyallah sem ni aku dapat Dekan. .

. .Subjek sem ni. .

Sabjek sem ni sangat-sangat lah mencabar minda aku. . Total Sabjek yang aku ambil untuk sem ni ialah 7 subjek. . Kau bayangkan sem ni punya subjek ada Programming, Digital Electronics, Electrical Circuits, Semiconductor Devices, Sanis, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam serta Engineering Math 2. . Kebanyakan sebjek sem ada final. . Ya allah, subjek yang dulu tiada final, sampai batch aku je ada final. . Aku harap sangat untuk sem ni aku dapat skor. .

. .Senior. .

Sejak sambung study kat poly ni, aku terlalu aktif. Macam-macam aku join. Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dan Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK). . Aku nak cerita penglibatan aku dalam PISPA. . Aku sebenarnya tak minat Badan Berunifom ni. . Sebab pertama aku tak minat benda ialah Kawat. . Sekarang ni siapa je minta kawat kan. . Aku masuk PISPA ni pun sebab nak ikut syarat. . Poli aku sem satu wajib kena masuk unit berunifom. . Bila masuk sem  baru kau boleh pilih samada aku nak teruskan dangan unit berunifom or kau nak masuk sukan. , Sukan lagi lah aku tk aktif. . Join PISPA ni banyak kelebihannya. . So aku teruskan je PISPA. Second aku join JPKK. . Sebelum jadi JPKK aku jadi AJK Junior Blok. .Niat pertama aku join ajk ialah KAMSIS. . Pada asalnya saja. . kemudian aku join Sahabat JPKK. . Selepas tu baru kami semua di Interview untuk join JPKK. . Aku sebenarnya tak nak join pun interview tu. . Tapi lepas di slow talk dengan JPKK Senior, aku tergerak hati nak interview. . Tapi aku tak sangka yang aku boleh dapat interview tu, serius aku memang tak sangka. . Dalam entry seterusnya aku cerita macam aku dalam interview tu. .

Aku rasa cukup lah untuk entry kali ni. . Rasa syok pulak menaip malam-malam ni. . Maklumlah dah lama tak bermanja-manja dengan blog aku  ni. . Insyallah aku akan update secepat yang mungkin. .

. .Sekian. . 

p/s : Esok kelas pukul 11 pagi. . Tu yang tidur lambat ni. . Malam. .

Tuesday, 16 September 2014

Hati Lelaki

Assalamualaikum..

" Lelaki yang kuat ketawa, kuat merajuk, banyak cakap, suka buat lawak, suka main-main dan selalu nampak happy, dialah lelaki yang selalu menangis dalam diam dan mempunyai seribu kisah dalam hidup"

Kedakang aku rasa aku dalm setuasi yang sama. Orang sekeliling aku hanya nampak aku tersenyum gembira di luar. Tapi di dalam, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Orang tak pernah tahu masalah kita. Mereka hanya menilai dari luar saja. Mereka boleh berkata "' Aku tengok kau happy je, macam tak ada masalah", Hello dude, dalam dunia ni mana ada orang yang tiada masalah. Semua orang ada masalah. Even tak sebesar masalah dunia, tapi kita tetap ada masalah.

Aku lelaki aku tahu dan aku selalu begitu. Luaran happy, tapi dalam penuh dengan masalah. Hidup jangan lari dari masalah. Masalah tu harus di tempuri. Kerana masalah dalam hidup ini tidak pernah habis. Bila satu masalah selesai, timbul masalah baru. Masalah juga satu dugaan dalam hidup. Dari situ ia mematangkan fikiran dan tindakan kita.

Sekian..

p/s : hari dapat nombor fon crush!!

Sunday, 14 September 2014

Dari Hati

Assalamualaikum..

Kenapa manusia ni susah nak terima kelebihan orang lain? And wujud pula hasrat dengki. Segungguhnya manusia ni tidak pernah bersyukur yang apa yang dimilikinya. Menabur fitnah tu perkara biasa. Mengumpat juga tidak ketinggalan. Sebab tu mengapa mereka sukar maju. Kerana mereka lebih selesa pemerhati saja. Sedangkan orang lain sibuk untuk memajukan diri.

Masa silam seseorang selalu di jadikan ugutan. Andai aib orang mudah saja di ingat. Tapi andai kebaikan orang terlalu mudah dilupakan? Menagapa harus bergini? Mengapa perkara yang mengaibkan selalu di ingati?Mengapa? Mengapa? Persoalan yamg selalu berlegah-legah di benak fikiran ku. Wujudnya orang sebergini boleh membuat seseorang hidup dalam keadaan tertekan. Andai terlalu tertekan mereka boleh membuat satu tendakan yang bodoh sehingga boleh membunuh diri.

Dan apabila seseorang itu ingin berubah, mengapa mesti ada halangan? Mengapa mesti ada orang yang menjadi tembok untuk seseorang itu berubah? Mungkin ini semua hanya lah ujian dari-NYA. Benar orang bilang, apabila mahu berubah ke arah kebaikan banyak benar halangan yang harus di tempuhi.

Seseorang yang ingin berubah perlukan sokongan, bukannya hinaan! bukan kutukkan! tapi hanya sedikit sokong sahaja sudah cukup memberi mereka semangat. Kita hanya lihat dari segi luaran saja. Tapi dalaman seseorang langsung kita tak tahu. Apa yang kita tahu hanya luaran saja. Pernah kita tahu masa silam nya? Pernah kita tahu apa yang berlaku terharap dirinya ? Pernah ita tahu mengapa seseorang jadi begitu? Tidak pernah bukan? Kerana semua perkara yang berlaku mempunyai sebab. Tapi Kita hanya tahu menghina, mengutuk, dan kekedang kita terlalu merasa yang kita ni terlalu baik sehingga menganap diri kita ke syurga dan mereka ke neraka. Siapa kita untuk tentukan semua tu? Kita bukan Tuhan. Kita juga bukan malaikat yang tak pernh melakukan dosa. Kita hanya manusia biasa.

Orang tidak akan tahu selagi dia tidak merasa apa yang kita rasa. Sebab tu meraka hanya mengata,mengata, dan terus mengata. Jika dia berada di tempat kita sudah pasti dia mengerti apa yang kita rasa. Dan pasti mereka akan mengerti perasaaan ku ni.

Aku berharap agar ada dapat memahami perassan ku ni. Walau pun hanya nukilan yang tidak seberapa ni. Aku berharap agar aku ditemukan dengan seseorang mengerti perasaan ku.

Sekian..

p/s : Tengah hari ni tiba-tiba bersemangat nak update blog pulak. Maaf andai bahasanya agak berterabuh.. aku bukan budak sastera, aku hanya budak kejuteraan yang memegang alatan membaiki.




Saturday, 13 September 2014

Hanya Crush

Assalamualaikum....


OMG!!! Tadi my crush duduk sebelah aku.. Tak tentuh arah aku dibuatnya. Mengelabah habis aku. Ini lah aku bila jumpa someone yang aku suka, Pasti aku mengelabah gila.

Hari ini satu hari aku join Krusus Arduino di poli merlimau. Aku tak sangka yang aku boleh dapat satu makmal komputer dengan dia. Arduino ini lebih kurang seperti Programmable logic controller (PLC).

Sekarang ini aku nak cerita about my crush. Tentang Ardunio tu nanti aku masukan dalam entry seterusnya ye. Crush seperti iPhone,kita teringin milikinya, tapi kita tidak mampu lalu kita hanya mampu melihat sahaja. Itu definsi crush bagi aku.

Pertama kali aku lihat dia masa di Carnival English (tak lah frist time, sebab aku dengan dia satu Jabatan cuma lain program je) Time tu dia just participants saja. Aku pula di tugaskan jadi Fasilitator tu Carnival tu.

Sejak dari hari tu aku nak sangat jumpa dia lagi. Kalau boleh hari-hari aku ingin sekali melihat wajahnya. Aku nak sangat jalan-jalan dengan dia. Tapi.. semua itu hanya berlaku dalam mimpi sahaja. Aku tak boleh beritahu dia. Aku hanya boleh suka dalam dia sahaja.

Biar aku menyukai kamu dalam diam, kerna jika aku berterus terang pada mu, aku pasti aku akan membenci ku. Kerana itu, lebih baik aku diamkan sahaja.

Malam ini pasti tak boleh tidur punyya lah. Sebab apa? Sebab tadi di duduk sebelah aku time krusus tu. Even sekejap je, tapi aku tetap bahagia. Terasa ingin aku ulang kembali saat itu.

Sekarang ni aku dah tahu Nama dan kelas dia. Lepas ni aku akan cuba dekati dia lagi. BUT just as a friend only.

Okay, sekarang ini aku nak baca blog-blog lain.. Next time aku akan update lagi ye.

Sekian...

p/s : Final Exam dah nak dekat. Terasa kejapnya , and now sem 1 was be end..

Sunday, 7 September 2014

Kemalangan..

Assalamualaikum...

Terasa suadah lama tak update blog ni. Sebenarnya memang ada niat nak update blog ini. Tapi Kemalasan still ada dalam diri aku ini. Sebab tu blog aku macam krik...krik.. je.. hihihi..

Malam ni aku nak cerita macam mana aku boleh kemalangan moto akhir bulan tiga hari. Kemalangan tu berlaku tiga hari lepas aku mengambil keputusan SPM aku. Keputasan SPM tidak mencapai target aku. Tapi sekurangnya aku dapat banggakan parents aku. 

Walaupun result pelajar vokay seperti aku ni tidak lah sebagus result pelajar sanis. Aku sentiasa sedar yang aku hanya sekadar pelajar aliran vokay, dan aku rasa bersyukar sekurang-kurangnya aku tahu serba sedikit alam Engineering sebelum aku melangkah ke alam Politeknik.

Selang tiga hari dari result SPM aku kemalangan moto. Aku langar batu pembahagi jalan. Jalan lurus aku boleh jatuh? Kelakar bukan? Tapi nak kata jalan tu lurus, tak lah lurus sangat. Cuma ada selekor sikit je. Banyak faktor yang mempengaruhi aku masa kemalangan tu. 
Pertama, aku tak puas hati dengan manager sebab dia suka-suka je ubah jadual aku tanpa tanya aku dulu. Bayangankan, jadual duty dah buat minggu lepas. Minggu tu hari isnin kau tengok jadual hari ahad kau kerja malam. Tapi hari ahad tu kau dapat call dari manager kau, and than di suruh datang kerja pagi. Kau naik angin tak? Mesti kau marah bukan? Benda yang sama lah terjadi kat aku.
Kedua, aku tak cukup tidur. Hari sabtu tu aku dah kerja malam, lepas tu hari ahad tu aku kerja pagi. So, kalau benda ni berlaku dalam diri kau orang, pasti dan aku yakin otak kau orang pasti tidak dapat berfikir dan betul sebetulnya. Sebab bila badan letih, otak akan turut letih juga.

Pelbagai sebab yang menyebabkan aku kemalangan. Orang selalu kata, nak kemalangan ni tidak perlu ambil masa yang lama tiga saat atau kurang sudah boleh menyebabkan kemalagan. Tapi untuk pulih dari kemalangan memakan masa 3 bulan dan lebih.

Aku bersyukur, kerana masa kemaangan tu hanya pengelangan tangan kiri aku sahaja yang patah. Yang hanya luka-luka sikit sahaja. Aku mengambil masa hampir 6 bulan untuk aku sembur betul dari patah tangan. Sekarang ni, aku masih berhati-hati untuk mengunakan tangan kiri aku. Yelah, orang kata kalau patah tangan ni tak bole buat kerja berat-berat dulu.
Aku rasa cukup lah dulu sampai ni. Nanti kalau ada masa aku akan update bolg aku lagi..
Sekian..
p/s : Kehidupan pelajar IPT sangat memenatkan..

Tuesday, 2 September 2014

Bersua Lagi..

Assalamualaikum....

Ya Allah.. dah lama aku tak update blog ni. Mesti dah berhabuk serta bersawang kan? Ye lah kan.. Last Update 4 FEBRUARY 2014 lepas tu terus macam-macam berlaku dalam hidup aku.

Pertama, Aku jatuh motor and than tangan aku patah.
Kedua, Aku clash dengan capital F aku.
Ketiga, Aku tak dapat nak sambung study kat IPG
Keempat, Aku dapat sambung study di Politeknik
Kelima, Aku ada masalah dengan diri aku.
Keenam dan seterusnya..

See, sejak aku patah tangan macam-macam berlaku. Kebanyakan cerita duka. Entah, maybe apa yang berlaku ada hikmahnya. Nanti kau ada masa pasti akan aku cerita apa sebanarnyadah jadi kat aku.

Sekian..

p/s : Sekarang ni dah jadi budak Poli. So memang busy sikit.. Biasa lah, busy dengan assignment‬, toturial, quiz, test dan segala macam yang perlu dilakukan..

Tuesday, 4 February 2014

Teringat...

Assalamualaikum...

Mood nak update blog tiba-tiba datang pula pagi-pagi buta ini. Aku pun tak tahu sebab apa. Maybe happy sangat kut hari ini? Happy sangat ke aku hari ini? Rasanya tak kut, ada satu perasaan yang aku pendam dalam hati ini, iaitu aku terlalu rindukan dia. Yup, hari-hari aku rindukan dia. Even, bila aku sentiasa senyum dan happy tapi hati aku ini merana dan menderita. Aku terlalu rindukkan dia.

Tapi dia? Adakah dia pun merindui ku? Kalaulah betul dia rindukan aku, mesti dia text or wechat aku. Tapi ini tak ada langsung. Aku selalu menantikan text dari dia. Aku tak kisah lah even dia just send "Good Night", Itu pun dah buat aku happy. Tapi, nak dapatkan text "Good Night" pun punya lah susah sekarang ini.

Betul ke dia dah tak sayang aku? Iysihh.. jauhkan lah fikir macam tu Dayat. Aku kena sabar dengan dia sikit. Aku terpaksa berkorban untuk dia. Sabar je lah. Aku kena bagi dia waktu sikit. Lagi berapa bulan je dia habis pra-dip.

Sometime, aku rasa aku seorang sahaja yang tunggu dia. Tapi dia seolah-olah tak memperdulikan aku langsung. Aku rasa macam baling batu besar kat kepala dia. Biar dia tahu bertapa sakitnya bila merindui dirinya. 

Baiklah, aku rasa cukup dulu untuk enrty kali ini. Nati kalau aku ada mood nak update, aku update ye..

Sekian...

p/s : Awak, saya terlalu rindukan awak... 

Sunday, 2 February 2014

Rindu...

Assalamualaikum...

Wah, rindunya dengan blog ini. Sudah bersarang blog aku ini. Ye lah sekarang ini aku sibuk dengan kerja aku. Hari baru dapat merehatkan diri aku. Lepas tu, tadi aku pergi sohpping kat JPO. Hihihi. Biasalah orang baru dapat gaji.

Sebenarnya aku nak cerita tentang aku dan dia. Hari jumaat dia text aku. Aku sahaja tunggu dia text aku. Dia tanya aku sama ada aku merajuk dengan dia atau tak. Aku cakap ye. 

Aku rindu dengan dia. Aku rindu nak dengar suara dia. Semalam dia cakap dengan aku dia free. Tapi dia tak reply text aku pun. Pagi ini pun sama. Dia tak reply text aku. Kenapa lah dia suka sangat buat hati aku ini sakit. Dia tak tahu ke rindu ni sakit.

Aku rasa cukup dulu lah. Nanti aku update lagi lah dalam ini.

Sekian...

p/s : kalau awak dah tak sayang saya, terus terang kat saya. Sebab awak akan buat saya terseksa dengan perasaan ni...

Tuesday, 21 January 2014

Mesej..

Assalamualaikum..

Dah lama tk update blog. Biasalah sibuklah katakan. Mana taknya hari-hari sibuk dengan kerja. Lepas tu  sekarang ini aku tengah ambil lesen motor. Ramainya cakap kenapa tak ambil motor-kereta ? Senangnya dia orang cakap, ingat aku ini berduit sangat? hihihi.

Okey, tutup cerita pasal lesen. Sekarang ini aku nak cerita tentang mesej yang aku dapat. Macam-macam aku dapat. Ada satu mesej yang boleh buat aku terkejut, aku dapat mesej dari ex aku!!!

Dia cakap yang dia rindu aku. Lepas tu, dia cakap yang dia tetap tunggu aku. Aku tak tahu lah nak cakap apa lagi. Susah bagi aku. Aku tak tahu nk cakap apa. Dia ini kuat sangat cemburu dengan aku. Kekadang aku naik rimas dengan dia. Hihihihi...

okey sekarang ini tutup cerita tentang ex aku. Lepas ini aku nak cerita tentang capital F. sekarang ini dia SIBUK dengan urusan uni dia. Kekadang aku rasa dia ini dah tak perdulikan aku lagi. Aku pun tak tahu apa yang dia buat sampai nak mesej aku pun dah tak ada  masa lagi. Kekadang bila dia muar, aku ingatkan dapat lah aku main mesej dengan dia lama sikit. Tapi semua tu hanya mimpi sahaja. Kalau aku nak ajak dia on call, ada saja alasan dia bagi kat aku. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Kekadang aku rasa yang diri aku ini dah tak penting dalam hidup dia lagi. Yelah kalau dia rasa yang aku ini penting dalam hidup dia, kenapa dia tak cuba cari masa untuk luangkan masa dengan aku? KENAPA? Nampak saangat yang aku ini dah tak penting dalam diri dia lagi.

Aku penat. Aku penat sebab nak kena jaga hati dia selalu. Aku penat sebab selalu nak kena faham dia. Habis aku ini apa? Robot yang tak ada perasaan? Aku pun ada perasaan. Dia macam tak pernah nak fikir tentang hati aku. Dia hanya nak aku sahaja faham dia. Dia seakan tidak pernah cuba untuk faham perasaan aku. Dia seakan tidak faham apa yang aku nak. Hati aku sakit sebab dia. Sejak dia dapat tahu yang dia dapat masuk uni. Terus hubungan aku dengan dia jadi dingin. Aku sedih sangat sebab dia buat aku macam ini.

Orang hanya melihat aku gembira. Tapi dalam hati aku ini? aku sedih sangat sebab dia. Setiap malam aku tunggu dia mesej akau. Kalau dia tak mesej aku, aku pasti tak lupa nak wish good night kat dia dan aku berharap yang dia akan reply mesej aku tu. Aku tak kisah kalau dia reply " Good Morning awak." cuma tu sahaja yang aku harapkan. Bagi aku kalau dia reply macam tu, bermakna yang dia ingat kat aku lagi. Tapi, tak ada maknanya dia nak reply mesej aku. 

Hemmm... Aku memang perlukan seseorang untuk aku luahkan apa yang terserat dalam hati aku. Sebab kalau aku simpan makin lama makin sakit hati aku. 

Aku rasa entry kali aku menaip panjang sangat. Yelah melepaskan rindu kat blog aku ini.Hihihi. Okey ar aku nak tidur. Esok nk kena bangun pagi. Banyak benda nak kena buat.

Sekian...

P/S : TERLALU RINDUKAN DIA. RINDU DENGAN SIKAP DIA YANG LAMA. YANG SELALU ADA MASA UNTUK AKU.

Wednesday, 8 January 2014

Sombong

Assalamualaikum..

Dalam entry kali ini aku nak cerita tentang laman sosial. Yup semua orang ada laman sosial betul? Dari laman sosial juga kita dapat kenal dengan seorang yang jauh serta dapat mencari kenalan yang lama dan juga dapat mengeratkan silaturahim sesama kita.

Tapi satu benda yang aku tak berapa suka dengan segelinter pengguna laman sosial ini. iaitu SOMBONG. Aku rasa mesti ramai yang tak suka juga kan? Tipulah kalau, kau orang ini suka dengan orang yang SOMBONG. 

Situasinya bergini, adalah seorang rakan laman sosial aku ini update status, 

            "Yang online 499 orang, tapi tak sorang pun meneggur? semua sombong!"

Aku nak tanya balikan, aku atau kau yang SOMBONG? Aku rasa kau lah yang SOMBONG Bila aku send chat kat kau, kau punya balas bukan main pendek. Aku tanya sepatah, kau jawab sepatah.Ada tu aku send tak pernah nak balas. Nampak sangat yang dia orang ini semua BATAK HOT. Bukan aku reka cerita, tapi dah kenyataan yang kau tu BATAK HOT

Aku rasa cukuplah apa yang aku luahkan dalam entry kali ini. Nanti bila aku ada masa aku update lagi. Lagi pun jam dah menunjukan pada pukul 1:29 AM. Esok aku kerja, tapi nasib baik esok masuk pukul 4 PM kalau esok masuk pagi, jawabnya kita minta tolong ibu kejutkan lah nampaknya. Hihihi.

Sekian...

p/s : Sekarang ini dia cuma akan send wish Good Night. kalau wish Good Morning sekarang ini memang susah aku nak dapat. Aku nak tengok dia, dia cuba atau tak cari masa untuk aku. Dulu masa kat hostel, saya tak pernah lupa nak wish good morning kat awak. sekarangsaya tak wish good morning lagi kat awak, sebab saya nak lihat sama ada awak cari atau tak masa untuk saya.

Monday, 6 January 2014

Rindu Dia...

Assalamualaikum...

Ya Allah, penat juga berkerja ini. Kadang-kadang aku rasa belajar lagi best dari berkerja. Sebenarnya aku nak sangat sambung belajar sementara tunggu result SPM ini. Tapi ayah aku kata "Enjoy dulu dengan life after ambil SPM ini." Ibu aku juga ada cakap, "Rehatkan lah kepala otak tu dulu, Kesian dia, asik fikir belajar je 24 jam." tapi kalau di fikirkan balik ada betul juga apa yang ibu dan ayah  aku cakap. Baik sekarang ini aku enjoy puas-puas dengan life aku sekarang. Sebab nanti bila aku dah masuk Uni, lagi aku sibuk dan susah nak dapat rehat.

Seberanya aku nak cerita pasal DIA lagi. Aku rindu dia. Aku rindu dia sangat. Pagi tadi aku dapat text dari dia. Dia wish Good Morning kat aku. Happy gila aku hari ini. Ye lah dah lama dia tak wish good morning kat aku. Sejak dia dapat tahu yang dia dapat pra-diploma,  terus dia sibuk memanjang, sampai nak wish good morning or night pun dah susah. Sekarang ini pun dia tengah sibuk suaikan diri dengan situasi baru kat Uni dia. Program pra-diploma tu swasta punya. Nak masuk tu kena bayar RM 2 ribu lebih. Family aku memang tak mampu. Tapi aku tak lah kisah sangat pasal tu. 

Aku memang rindukan dia. Aku rindu nak dengar suara dia, aku rindu nak peluk dia. Semua tentang dia aku rindu. Sebelum dia masuk Uni, aku rasa yang diri aku diabaikan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Tapi dia menunjukan perubahan. Satu perubahan yang aku tak suka. Aku nak dia yang lama. Yang selalu ada masa untuk aku, yang selalu text aku. Dulu masa kat Hostel, kalau aku ada masa free, aku mesti text dia. sebab aku tak dia tertunggu-tunggu aku, tapi sekarang ini aku yang selalu tunggu dia. kekadang aku akan pegan fon aku sepanjang masa. Sebab aku takut aku akan reply lambat text dia, aku tak nak dia tertunggu-tunggu aku reply. 

"Awak, saya rindukan awak, sepanjang masa saya rindukan awak, saya harap yang awak pun rindukan saya juga."

Hemmm, aku rasa cukup dulu.. jam pun dah menunjukan pada pukul 2:15 AM. Esok aku kerja masuk pukul 4 ptg. Hari ini pun aku penat. Baik aku tidur dulu..

sekian...

p/s : kekadang aku akan rasa bersalah bila keluar dengan orang lain. Aku takut yang aku ini akan berubah hati. Tapi aku akan cubu untuk tetapkan hati aku pada dia.

Wednesday, 1 January 2014

Pendam

Assalamualaikum...

Pendam? Aku memang suka memendam perasaan yang sedih dalam diri aku. Kalau hal yang mengembirakan aku akan berkongsi dengan orang. Tapi kalau bab yang sedih ini aku akan pendam, dan sampai satu saat aku rasa kosong, dan aku akan duduk dalam bilik sorang-sorang.

Aku tak suka kongsi sad story aku dengan orang. Aku sendiri pun tak tahu sebab apa. Maybe aku tak nak orang lain risau tentang aku. Tapi aku suka dengar masalah orang. Sebab dari situ aku akan cuba menolong mereka. 

Ramai yang cakap aku ini periang, tapi itu hanya luaran. Dalaman? siapa yang tahu? tiada siapa yang tahu. Aku sedih pun orang tak tahu. Sebab aku tak nak di orang risau tentang aku. Aku akan cuba untuk gembirakan diri aku. Aku tak suka perasaan sedih tu datang dalam hidup aku. Sebabnya, jika ia berterusan aku akan mengeluarkan air mata. Mesti kau orang akan fikir yang aku ini lembut kan? Memang, memang aku ini lembut. Tapi aku akan cuba untuk menggubahnya. Sebab bukan aku yang minta ini semua. Memang dari dulu lagi memang macam ini. Tapi aku tekat nak ubah, supaya aku boleh jadi macam lelaki lain.

Malam semalam dia send aku mesje,

" Good Night and sweet dream... I Love u so much.. I miss u.. I want u just u... To be my life... and I will always keep u in my heart... Mmuuaahh.. Bye2"

Itu lah wish yang paling indah aku pernah dapat dari dia. Malam tahun baru dapat text macam tu buat aku bahagia sangat dia...

Sekian...

p/s : sekarang ini dia kat UTHM, sambung pra-dipolama. Aku tahu dia sibuk sekarang ini. Sekarang ini minggu orintasi untuk pelajar baru. Aku hope dia tak lupakan aku kat sana. Aku harap dia sentiasa ingat kat aku. Sebab aku tahu dia lah PELENGKAP HIDUP aku...

Happy New Year

Assalamualaikum...

Selamat Tahu Baru!!!!!!! Ya Allah... pejam celik, pejam celik.. dah masuk tahu baru. Tahun 2013 membawa pelbagai kisah, pelbagai cerita yang terjadi dalam hidup aku. 2013 juga membawa makna yang sangat bermakna bagi aku kerana tahun 2013 aku telah menamatkan alam persekolah dan berjumpa dengan insan yang sangat istimewa dalam hidup aku.

Dalam tahun 2013 pelbagai pengalaman telah aku lalui. Dimana aku telah bergaduh dengan junior aku. Dimana aku dipertanggungjawab untuk jadi ketua koperasi, pengerusi PBSM, Ketua Editor Majalah sekolah dan peelbagai lagi jawatan di sekolah (sampai ada kata aku ini gila kuasa). Aku tahu semua jawatan yang aku peggan memang berat, tapi aku cabar diri aku untuk lakukan juga. Sebab aku tahu pada masa akan datang ada tanggungjawab yang lagi besar dan berat dari tu.

Dalam tahun 2013 juga, aku telah temui sebuah cinta, cinta yang selama ini aku cari. Aku telah berkenalan dengan seorang insan di lama sosial. Aku tahu, ramai yang cakap Cinta Muka Buku ini tak tahan lama. Tapi, entah mengapa aku rasa dengan dia ini aku yakin, yang aku dengan dia akan bertahann lama. Sebab aku tahu dia ikhlas dengan aku. Memang tak dinafikan, pada mulanya aku tak mengduga yang aku akan jatuh cinta dengan dia. Awalnya aku cuma sayang padanya, tak lebih dari itu. Tapi lama kelamaan perasaan sayang tu bertukar, ia bertukar menjadi cinta. Ye, ia betul aku telah jatuh cinta, Memang aku pernah couple dengan orang lain, tapi aku tak pernah jatuh cinta macam mana aku telah terlanjur mencintai dia.

Pertama kali dalam hidup aku, aku sanggup lakukan apa saja demi cinta, Bayangkan aku sanggup pergi ke Muar semata-mata nak jumpa dia. Aku tak pernah buat benda ni semua sebelum ni. Aku rasa macam dia lah insan pertama yang telah membuka pintu hati aku yang telah lama tertutup oleh seseorang yang telah melukan hati aku.

"Sekali awak dah masuk dalam hati, saya janji akan kurung awak dalam hati saya"

Azam tahun 2014:


  • aku nak sambung belajar kt mana2 IPT
  • aku nak bawak dia pergi bercuti
  • aku nak bawak mak ayah aku pergi jalan
  • aku nak bersama dengan dia untuk 1 hari.
  • aku nak tunaikan semua janji aku pada dia.
  • aku harap result SPM aku dapat banggakan mak ayah aku.
Buat masa ini, itu sahaja azam aku untuk tahu ini. Banyak  lagi benda yang tahun 2013 aku nak buat tapi tak kesampaian. Aku harap sangat tahun aku dapat lakukan apa yang tak dapat aku buat pada tahun lepas.

Aku rasa cukup buat masa ini, Nanti kalau aku ada aku akan update blog aku lagi. Apa-apa pun, SELAMAT TAHUN BARU 2014..

Sekian...